“Dia punya feeling tu bkn main, mslhnya salah lirik”- Netizen

Rasanya, rata-rata cukup mengenali penyanyi terkenal negara jiran iaitu Ahmad Dhani dan Dewa 19 biarpun bukan berasal dari Malaysia, tetapi namanya cukup popular di negara kita mahupun negara yang lain. Mana taknya,lagu-lagu nya semua sangat popular suatu ketika dahulu dan kini. Kalau dengar saja di corong radio, pasti akan auto terikut menyanyi bersama.

Baru-baru ini beliau ada membuat persembahan lagu-lagu legend nya, ramai betul fans nya di situ. Bersama-sama menyanyikan lagu beliau, terasa betapa seronok nya dapat bersama-sama join crowd menyanyi di situ. Vibes yang diberikan sangat luar biasa dan serasa nostalgia.

Tengah-tengah syok buat persembahan, tiba-tiba muncul je wanita cantik yang bernama Fazura. Eh, macam mana pula ada Fazura dekat situ ? Buat apa pula di Indonesia ? Tiba-tiba naik ke pentas dan menyanyikan lagu Dewa 19 yang berjudul “Sedang Ingin Bercinta”

Ahmad Dhani pun segera memberikan mic ke Fazura dan beliau terus menyambung lirik lagu tersebut. Sedia maklum bahawa Fazura pun ada bakat dalam bidang nyanyian, tapi alahai, tersalah pulak lirik lagu asal tersebut.

Takpalah Kak Faz, walaupun salah tapi tetap merdu. Enjoy jelah. Lawak betul lah, confident tu yang penting. Salah lirik tu lain cerita. Fans pun sama-sama enjoy persembahan tersebut. Tak lama lepas tu, terus beliau meningg4lkan stage tersebut.

Kelmarin pun, ada dimuat naik di story instagram Fazura sedang beramah mesra dengan artis Indonesia yang lain, bukan main rapat Fazura dengan mereka semua. Siap berkongsi makanan bersama. Comel sangat tengok diorang ni.

Sememangnya ramai netizen yang terhibur dengan aksi spontan Fazura yang menyanyikan lagu tersalah lirik tu. Tapi, memang dah menjadi kebiasan jika menyanyi tersalah lirik, kadang-kadang, lagu milik sendiri pun boleh tersalah.

Nak buat macam mana kang ? Layan jelah. Tak ada orang nak kec4m pun. Malah iainya menjadi lawak. Lebih-lebih lagi, penyanyi mempunyai lebih dari satu lagu, boleh jadi pening nak ingat setiap bait-bait lirik. Nak pulak menyanyi secara spontan.

Justeru, tak kisahlah penyanyi itu dari negara mana pun, tidak menjadi masalah untuk kita meminati mereka. Yang penting, kita saling sokong antara satu sama lain. Baru lah seronok, kan. Muzik ini saling menyatukan bukan memis4hkan.

Sumber : Ig Imantang75

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!