“Dato tgh tidur penat kenapalah terjerit2 panggil” – Netizen

Tiada siapa yang akan tahu perit jerih dan kesusahan yang dialami demi mendapatkan sesuatu yang diingini. Orang luar yang tidak tahu pasti hanya mampu mengkritik dan menilai hasil akhir yang dimiliki sahaja tanpa berfikir bagaimana susahnya seseorang itu berkorb4n bagi mendapatkan perkara itu. Begitu jugalah yang berlaku dengan salah seorang ahli perniagaan kosmetik ini.

Usahawan kosmetik terkenal yang merupakan seorang jutawan ini sering mendapat kriitikan negatif sejak awal penglibatannya dalam bidang hiburan bagi tujuan promosi. Pasti ramai yang sudah tahu dan kenal dengan watak Dato Sri Aliff Syukri yang ceria dan bersahaja ini.

Bersusah-payah sejak berumur tujuh tahun lagi, Dato Aliff Syukri sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan ibunya. Tidak lahir dari keluarga yang senang, tiada siapa yang sangka bahawa usaha kerasnya sejak kecil itu kini telah membuahkan hasil yang sangat lumayan.

Walau sudah bergelar usahawan berjaya dalam negara, Dato Aliff Syukri masih tidak duduk diam menikm4ti hasil sahaja malah masih bersusah payah untuk berniaga sehingga ke negeri Kedah baru-baru ini.

Penglibatan perniagaannya iaitu AS Legacy yang turut terlibat dengan anjuran Star Vendors ini turut dimeriahkan dengan kehadiran langsung Dato Aliff Syukri ke negeri Kedah. Tidak pergi seorang diri, Dato Aliff juga turut membawa isteri dan anak-anak untuk turut serta.

Menjadi perhatian apabila video yang diambil oleh Zarina Zainuddin yang menunjukkan Dato Aliff Syukri sedang tidur di bawah meja booth mereka. Hanya berbantalkan stok yang masih dalam plastik dan tidak beralaskan apa-apa telah menunjukkan sifatnya yang rendah diri itu.

Namun video tersebut telah dikecam oleh beberapa netizen yang tidak bersetuju dengan perbuatan Zarina Zainuddin yang cuba memanggil Dato Aliff Syukri berkali-kali walaupun sudah maklum yang dia tidur atas faktor kepenatan.

Ramai yang menasihatkan agar Zarina Zainuddin lebih peka selepas ini kerana tindakannya itu dapat mengundang s4kit kepala teruk apabila seseorang itu terganggu daripada tidur. Namun, ramai juga yang memuji semangat dari Dato Aliff yang tidak kenal penat dan lelah demi mencari rezeki.

Sebelum ini orang selalu nampak Dato Aliff Syukri dengan kemewahan sahaja, tetapi ramai yang tidak tahu dengan kerja keras yang dibuat olehnya. Sikap rajin dari Dato Aliff Syukri ini patut dijadikan contoh agar tiada lagi orang yang beralasan untuk tidak mahu berusaha.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untum c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!