“Dato plis la nyanyi elok2 untuk next concert” – Netizen

Nama individu hebat Dato Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih popular sebagai Dato Fazley Yaakob ini memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama besarnya ini sudah ditempa dalam industri hiburan sejak dia baru berumur 17 tahun lagi. Bermula sebagai seorang penyanyi yang mula gmpar dengan lagunya yang bertajuk Asmara Ini telah menarik ramai peminat yang gemar dengan suara Dato Fazley yang sememangnya merdu.

Tetapi kini Dato Fazley lebih sinonim sebagai chef selebriti yang terkenal dengan hidangan masakannya yang enak dan mampu berkolaborasi dengan jenama-jenama besar tanah air. Bukan sahaja hebat dalam nyanyian dan masakan, Dato Fazley juga dahulu sering menjadi pengacara dan model iklan.

Penghujung tahun 2021 pastinya menjadi tahun yang bersejarah buat Dato Fazley apabila dia kini memberanikan diri untuk kembali tampil dalam pentas besar nyanyian setelah lama tidak bernyanyi secara umum dan di khalayak ramai.

Dato Fazley telah menjadi salah seorang peserta bagi Konsert Gegar Vaganza musim ke lapan dan telah mendapat kritikan tajam dan kecaman dari netizen yang mengatakan suaranya kaku dan sumbang.

Sedar akan kecaman dan cemuhan yang diberikan kepada dirinya, Dato Fazley dalam posting terbarunya mengakui bahawa dia tidak kisah dikecam asalkan anak-anaknya itu tidak membaca kec4man-kec4man yang dilemparkan. Dia juga mengatakan bahawa anak-anaknya itu merupakan penguat baginya untuk terus memperbaiki persembahan dan berjuang dalam konsert tersebut.

Bukan sahaja anak-anak, masih ramai peminat diluar sana yang tahu dan sedar akan bakat besar yang dimiliki oleh Dato Fazley ini.

Ruangan komen posting tersebut dibanjiri dengan kata-kata semangat buat dirinya untuk terus berusaha lebih kuat lagi bagi menyajikan para penonton dan juri dengan persembahan yang terbaik setiap minggu.

Kembali beraksi di atas pentas besar setelah bertahun-tahun lamanya tidak melakukan persembahan pastinya bukan perkara mudah buat Dato Fazley. Lebih-lebih lagi apabila diadili oleh juri yang sememangnya berbakat besar iaitu Dato Ramli MS, Dato Syafinaz dan Hetty Koes Endang.

Kecaman dan cemuhan dari para netizen dan penonton bukanlah perkara penting yang harus dititikberatkan oleh Dato Fazley. Anak-anak pastinya akan selalu bangga melihat ayah mereka yang telah berusaha untuk memberikan yang terbaik setiap minggu di atas pentas. Selamat maju jaya diucapkan untuk Dato Fazley dan diharapkan dia sentiasa kuat dan tidak berputus asa.

Sumber: Instagram Dato Fazley

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!