“Datin dah start dah nk lawan dato”- Netizen

Populariti usahawan Datin Shahida semakin meningkat dan setanding dengan suaminya, Dato Aliff Syukri. Sebelum ini, kita lihat Shahida jarang berkongsi video lucu di media sosial. Namun kini, banyak video content Shahida yang menarik perhatian ramai netizen. Siapa sangka, Shahida pun lucu orangnya selain suaminya yang sudah biasa berkongsi pelbagai video.

Ada juga video lucu yang menampilkan gandingan suami isteri ini di media sosial. Ramai netizen akui terhibur melihat mereka berdua meskipun video yang dikongsi Aliff dan Shahida adalah bertujuan untuk mempromosikan produk jualannya.

Melihat perkembangan Shahida, beliau lebih banyak fokus dengan produk hijab yang dijual dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan selepas video content mereka viral.

Setiap kali video Shahida dikongsi di media sosial, pasti netizen menyukai gelagatnya berbanding suaminya. Gelagat Shahida sentiasa nampak kelihatan sopan walaupun lucu orangnya.

Malah baru-baru ini, Shahida ada juga memuatnaik satu video di Instagram. Video tersebut mencuri perhatian netizen selepas membaca kapsyen ditulis Shahida.

Kapsyen tersebut berbunyi ‘saya bak lawan artis nombor satu dari belakang tu Aliff Syukri’. Gara-gara Shahida mengusik Aliff Syukri, rata-rata netizen setuju dengan kapsyen ditulis Shahida.

Ramai netizen juga terhibur selepas membaca kapsyen ditulis beliau dan suka melihat Shahida ‘memerli’ suaminya.

Sementara itu, video beliau yang dikongsi pada Rabu telah mencapai 138,000 tontonan dan 2,000 tanda suka.

“Caption paling win ni datin, tq datin menghiburkan hati saya, hat ni win dah hahahaha, hahaha kelakarlah datin ni”-Netizen

Lucu juga bila datin buat video macam tu. Terhibur tengok gelagat datin nak lawan populariti dato. Confirm datin boleh popular macam artis nombor 1 dari belakang nanti hehe..

Sumber: Instagram shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!