“Dah nampak bakat dia ni”- Netizen

Siapa saja tak kenal anak-beranak kepada Tokti. Sudah pasti ramai yang  cukup mengenali mereka semua, tambahan pula mereka semua orang-orang popular. Sebut saja nama Dato Siti Nurhaliza, sudah pasti semua dah tahu bakat dan anugerah nya dalam bidang nyanyian, dari dulu hingga kini, sentiasa perform dan tak pernah mengecewakan.

Nampak nya, bakat yang Tokti ada tu, sudah slow-slow diwarisi oleh anak-anak kesayangan nya yang bernama Aafiyah dan Afwa tu. Dua orang anak yang sangat comel dan gebu, mukanya sama saja persis orang tua kesayangan nya tu. Betul tak ?

Ada dimuat naik video Afwa yang mana ketika itu sedang bermain piano. Amboi, pandai ke tu si kecil comel ni main piano. Bukan main bergaya lagi eh dia ni. Lagaknya macam orang besar dah, mentang-mentang akak nya Aafiyah tu pandai main piano, Afwa pun nak ikut jejak akak lah ye.

Rata-rata netizen semuanya terhibur dengan gelagat dan lagak Afwa tu. Dah boleh ganti legasi ibu kesayangan nya tu. Keluarga berseni semua nya. Lepasni, kita tengok Afwa pula eh di kaca televisyen, membuat persembahan nyanyian. Hehe tak sabar.

Dahulunya kita menyaksikan Aafiyah yang membuat persembahan di depan khalayak ramai. Pandai betul eh Aafiyah bermain piano. Katanya Aafiyah yang paling kecil dan muda di dalam kelas itu. Dan, sudah semestinya ibu dan ayah sangat bangga dengan pencapaian anak-anak.

Lepasni, kita akan menyaksikan giliran Awfa pula yang akan membuat persembahan macam tu, ikut jejak kakak dan juga ibu kesayangan nya tulah. Ataupun Awfa lebih cenderung untuk ikut jejak ayah kesayangan nya tu ye ? Tidak kisah lah nak ikut siapa pun kan.

Kita sangat digalakkan untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak akan setiap apa yang mereka cenderung dan mereka minati. Mudah untuk ibu bapa focus dan membantu mereka dalam segi perkembangan anak-anak. Supaya masa depan mereka lebih jelas.

Pun begitu, iainya juga boleh dijadikan sebagai minat dan hobi. Ada orang yang menjadikan bidang muzik dan nyanyian sebagai profession, ada juga yang menjadikan nya sebagai minat dan hobi pada waktu lapang. Korang yang mana satu ?

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa gelagat Afwa itu sangat mencuit hati para netizen. Bak kata mereka, dah nampak gaya Afwa yang boleh meneruskan legasi ibu kesayangan nya pada bidang seni dan muzik. Esok lusa kita bakal menyaksikan Awfa pula ganti ibu. Betul tak ?

Sumber : Ig Muhdafwakhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!