“Comel je Tok Ram dengan kain pelikat dia”- Netizen

Perkara yang membuatkan diri seseorang itu dipandang hebat apabila beliau tidak bersikap menunjuk-nunjuk ketika bergaya dan tidak mempamerkan kemewahan diri meskipun sememangnya berkemampuan. Malah dengan gelaran dato, sememangnya sudah menjadi insan yang kenamaan. Namun, Dato Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram memang tidak hairan kritikan, namun bersahaja berkain pelikat di red carpet.

Pentas akhir GV, terlihat Tok Ram dirakam oleh Issey, dengan bertanyakan mengenai pemakaian beliau pada malam tersebut.

Issey, seorang pelawak, dan pelakon sempat merakam kehadiran Tok Ram dengan berkain pelikat, dan hanya memakai t-shirt biasa saja.

Namun, di penerangam Issey mungkin baju untuk rakaman Siaran Langsung GV tersebut berada didalam beg kertas yang dibawa oleh Tok Ram.

Tok Ram kelihatan segak dan kemas memakai set kemeja pada GV berlangsung. Betul yang dikata,ada salinan lain untuk rakaman siaran langsung.

Namun kesederhanaan Tok Ram dengan memakai hanya kain pelikat dan t-shirt sahaja amat sempoi, dan membuat ramai yang lebih hormat terhadap beliau.

Antara komen yang diberi, semua menyatakan bahawa Tok Ram sempoi, dan seorang yang sangat humble.

Tok Ram steady dan banyak lagi komen yang memuji sikap beliau yang tidak kisahkan penerampilan di belakang tabir. Ini antara komen netizen.

Tok Ram suami kepada Datin Alyah, memang seorang yang tegas dan lantang apabila menjadi juri, namun itu satu kebaikam untuk memberi semangat kepada para peserta.

Sumber: isseyfazlisham

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang COPY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!