“Comel EL, wlpn anak dua tp msh muda mcm anak dara je”- Netizen

Elfira adalah antara pelakon yang memulakan kerjaya dalam industri seni seawal usia kanak- kanak. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Beliau juga turut mempunyai 2 orang adik yang turut berkecimpung dalam dunia seni sebagai pelakon iaitu Esliza Loy dan juga Ahmad Ezzrin Loy.

Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

Baru- baru ini Elfira telah melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi perempuan. Berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak Anzalna iaitu 20 Mei yang lalu, setelah 7 hari melahirkan anak kedua Elfira akhirnya berkongsi nama pilihan beliau dan suami kepada umum.

Elfira memaklumkan beliau bersyukur dengan kelahiran anak keduanya itu sepakat menamakan anak perempuannya sebagai Nur Aria Mikayla. Elfira atau nama sebenar beliau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri turut berkongsi wajah penuh anak keduanya itu buat tatapan para peminat di laman Instagram peribadinya.

Terkini menerusi Instagram, Elfira berkongsi satu video yang memaparkan beliau bercuti bersama seorang rakan di Bali.

Beliau sangat teruja dengan pengalaman penginapan di sebuah villa di sana dan berkongsikan hantaran mengenai villa berkenaan di Instagram beliau.

Hantaran tersebut mendapat perhatian para pengikut akaun instagramnya kerana tertarik dengan penampilan beliau di dalam video berkenaan yang masih lagi bergaya meskipun sudah mempunyai dua orang anak.

Apatah lagi beliau juga baru melahirkan anak keduanya Aria pada bulan Mei yang lalu. Mesti ramai yang suka tengok Elfira ni dan jadikan inspirasi.

Elfira juga di puji kerana masih mampu lagi mengekalkan penampilan dengan menjaga fizikal dirinya dan kelihatan saling tak tumpah seperti anak dara.

Menjengah keruangan komen, rata- rata peminat memuji penampilan pelakon dan pengacara bertubuh genit berkenaan semasa merakamkan video suasana di villa berkenaan. Berikut dikongsikan komen para peminat.

Untung Elfira mempunyai tubuh yang kecil molek. Sentiasa nampak muda remaja walaupun sudahpun mempunyai dua orang anak. Tidak ubah seperti anak dara apabila sekilas pandang.

Sumber: ig elfira loy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!