“Cantik menantu abah”- Kazar

Memang lumrah apabila drama yang dilakonkan menjadi fenomena, jadinya setiap perkongsian di laman ig mana-mana pelakon pasti akan terpalit dengan watak yang dibawa dalam drama yang menjadi fenomena. 7 Hari Mencintaiku, atau 7hmk season 3 sedang hangat didalam penggambaran. Dan ia tidak menjadi rahsia lagi. Ramai sudah menonton disebalik tabir ,dan membuat penonton tidak sabar menanti.

Akan disiarkan pada bulan ramadhan ini, penantian penonton sangat bermakna dan masa disiarkan juga sangat menarik waktunya.

Namun, bukan itu kisahnya. Kecantikkan Siti Saleha atau dikenali sebagai Sally, memang tidak perlu diperkatakan lagi. Cantiknya beliau secara semula jadi, malah tidak perlu lagi nak diperdebatkan.

Sally memuatnaik beberapa gambar bersama jenama Christian Dior, membuatkan beliau mendapat lebih 25 ribu sukaan dan 100 jumlah komen diberikan diruangan komen.

Bila ditegur oleh Kazar, watak bapa mentua didalam 7hmk3 membuat ramai pula mengingat semula Mia Adriana, iaitu watak Sally didalam drama tersebut.

Ramai juga mengusik Mia “free hair”, ada juga yang berkata tentang babak dalam drama tersebut. Ramai betul pak ramal.

Meskipun Sally sudah memegang watak Mia Adriana selama 3 season, namun, untuk season 3 ini adalah suatu yang mencabar dan jalan penceritaan yg lain.

Ramai yang memberikan komen mengenai watak Mia tersebut, malah ada yang mengatakan Mia adalah idola mereka. Inilah komen-komen mereka.

Tak sabar untuk seasin 3 7hmk. Gandingannya dengan Shukri Yahaya memang padan dan senang bekerja bersama.

Sumber: ig sallywho

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!