“Byk kali tgk pun xjemu, klako Fazura ni”- Netizen

Kejelitaan pemilik nama Nur Fazura ini sememangnya tidak dapat di sangkal lagi. Kehadiran beliau dalam industri hiburan mula mendapat perhatian sejak bermula dengan beberapa iklan komersial di kaca televisyen. Beliau kemudiannya memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi filem Bicara Hati dan kemudiannya filem Gol dan Gincu bergandingan dengan arw4h Ashraf Sinclair ketika itu.

Kejelitaan pelakon ini terus mendapat perhatian meluas media dan para peminat. Malahan beliau juga di nobatkan oleh para peminat merupakan antara pelakon wanita yang mempunyai wajah yang jelita dan sentiasa bergaya.

Fazura bertemu jodoh dengan juara hero remaja iaitu Fattah Amin setelah berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Pasangan ini cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada peminat. Rutin kehidupan pasangan ini juga telah berubah selepas menimang cahaya mata pertama mereka iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Menerusi perkongsian di Instagram peminat, satu video yang memaparkan Fazura bersama seorang rakan sedang mengadakan sesi siaran langsung untuk mempromosikan tudungnya telah di kongsikan. Di perkongsian video berkenaan, Fazura berkongsi mengenai watak- watak yang pernah di lakonkan oleh beliau sebelum ini.

Fazura kemudiannya bercerita mengenai watak Nura Medina. Bagaimanapun semasa menceritakan mengenai watak tersebut, Fazura kemudiannya tidak dapat menahan perasaan malu kerana semasa melakonkan watak berkenaan, beliau telah di gandingkan dengan Fattah Amin.

Nura Medina merupakan watak yang di lakonkan oleh Fazura di dalam drama Hero Seorang Cinderella. Fattah dan Fazura menjadi teraju utama drama tersebut.

Drama berkenaan menjadi fenomena ketika itu apatah lagi apabila hubungan mereka berdua juga telah sampai ke jinjang pelamin dan menjadi kenyataan. Keserasian yang tercipta antara mereka berdua ketika berlakon bersama akhirnya telah menjadi reality dan berakhir sebagai pasangan suami isteri.

Comel betul tengok gelagat Fazura tersipu malu semasa bercerita mengenai pertemuan beliau bersama Fattah Amin. Warganet yang menonton video tersebut juga turut terhibur dengan reaksi ‘malu- malu kucing’ Fazura itu. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tulis netizen.

Drama Hero Seorang merupakan drama yang menyatukan mereka berdua dan menerbitkan bibit- bibit cinta antara mereka berdua. Hubungan mereka berdua ketika itu cukup di restui oleh para peminat dan para peminat juga turut mewujudkan tanda pagar Fattzura.

Pernikahan mereka berdua juga kini di serikan lagi dengan kehadiran cahaya mata sulung Nur Fatima Aisya yang kini berusia hampir 2 tahun dan sangat petah bercakap.

Comel sangat gelagat Fazura tersipu-sipu malu semasa bercerita detik pertemuan beliau bersama suaminya. Terhibur tengok muka Fazura yang kemerahan menahan malu dan menutup muka ketika mahu bercerita mengenai pertemuan beliau dan Fattah Amin.

Sumber : ig fazura.klselangor

Artikel ini di sediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!