“Bosan tahap gaban dah tu”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap bakal ibu yang sedang mengandung sudah pasti mempunyai banyak ragam ketika mereka mengidam. Walau bagaimanapun, si suami lah yang kena layankan saja karenah dan telatah si isteri tersebut, tak layan lagi kempunan pula isteri kesayangan mereka tu nanti. Betul tak ?

Setiap pasangan suami isteri sudah pasti mempunyai pengalaman sendiri ketika mengandungkan anak kesayanga mereka, lebih-lebih lagi jika pasangan tersebut pertama kali ingin menimang cahaya mata.

Time pertama kali ni, sudah tentu pasangan suami isteri akan tersangat excited dalam masa yang sama, akan turut gementar. Mana taknya, beranak ni bukan perkara yang main-main, malah terus akan mendapat title “mama dan papa”.

Dan, yang paling membuatkan para suami gementar adalah ketika mana isteri kesayangan mereka sudah start mengidam. Cerita pasal mengidam ni, sudah tentu ramai di luar sana yang alami perkara sebegini. Korang dulu mengidam apa ?

Sebut pasal mengidam ni, banyak sangat ke5 dan hal yang memeningkan nak penuhkan kehendak isteri yang mengidam. Betul tak para suami sekalian ? Cuba korang senaraikan isteri korang mengidam apa time tengah mengandung dulu ?

Kali ini, ada dimuat naik video pasangan Harris Anuar dan juga pasangan nya Aishah Merican. Yang mana isteri kesayangan nya itu duduk mengidam nak berjalan katanya. Aduh, sabar lah eh Harris. Kena kuat.

Katanya dah penat sangat duduk rumah, sampai tak tahu dah nak buat apa, tak sabar nak berjalan-jalan, manakala Harris pun duk pujuk isteri kesayangan nya itu suruh duduk diam-diam, aish, sebab dah lama tak berjalan macam nilah jadinya.

Katanya, nanti malam nak tengok wayang, tapi si isteri dah tak sabar sangat nak berjalan sana sini. Yelah, ibu mengandung kerjanya nya asyik duduk rehat je, nak juga rasa jalan-jalan tu kan, sian Aisha nak berjalan tapi tak boleh.

Rata-rata netizen semuanya komen akan aktiviti yang boleh mereka lakukan untuk mengisi masa lapang tersebut. Bak kata mereka, boleh ajak isteri buat aktiviti indoor seperti membaca buku dan banyak lagi. Apa pendapat korang.

Sumber : Ig Harrisannuar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!