“Bila mak mertua sama2 mtk maaf ckp dia pun ada d0sa pd menantu, rasa terharu sgt” – Netizen

Ekoran terpalit dengan pelbagai kntr0versi dek kerana klip video muzik lagu raya nyanyian beliau, hubungan kekeluargaan Dato Aliff juga turut mendapat perhatian memandangkan ibu kepada Dato Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim sendiri telah menegur dengan keraas perilaku anaknya itu malahan turut tidak bersetuju dengan tindakan anaknya yang menimbulkan kntrversi dengan menampilkan para penari yang lembut dalam klip video lagu raya tahun ini.

Untuk rekod, baru-baru ini Dato Aliff Syukri telah muncul dengan lagu raya terbaru beliau berjudul Kelepak Kelepuk Raya. Bagaimanapun klip video berkenaan memaparkan keadaan pakaian para penari lelaki yang juga menari dengan gerak tari yang kurang manis telah mengundang kec4man dan rasa kurang senang masyarakat terhadap Dato Alif Syukri.

Lebih p4rah apabila klip video lagu raya beliau itu juga turut mendapat perhatian pihak jabatan agama islam. Pihak yang bertanggungjawab itu juga telah meminta supaya video klip itu supaya di turunkan daripada platform media sosial kerana imej yang di paparkan kurang baik.

Ibu kepada Dato Alif sendiri iaitu Bonda Rozita Ibrahim juga turut meningg4lkan komen yang menegur anak lelakinya itu kerana tidak bersetuju malahan melarang untuk merakamkan video klip lagu hari raya dengan konsep sedemikian.

Dato Alif baharu sahaja memuatnaik teaser video klip tersebut di instagramnya namun dalam tempoh kurang 24 jam, pelbagai reaksi netizen terhadap video klip tersebut telah di terima.

Hampir 5 ribu komen telah di tulis oleh para netizen yang mengec4m tingkah laku dan pakaian para penari di dalam video klip Dato Alif Syukri itu.

Nyanyian dan suara Dato Aliff juga mendapat kritikan hebat netizen. Aksi beberapa orang lelaki di dalam video berkenaan yang kelihatan menari sambil menyanyi bersama Dato di rasakan tidak sesuai muncul di dalam klip video lagu raya tersebut.

Sebagai rekod, Dato Alif telah terjuun ke dunia seni apabila menyanyikan lagu pertama beliau bersama Sajat berjudul Abang Nak Tegur beberapa tahun lepas.

Dato Aliff kemudiannya turut menjadi pelakon apabila menjadi teraju utama menerusi filem Badang bergandingan dengan pelakon hebat seperti Fasha Sandha dan juga Fauzi Nawawi.

Dato Aliff pernah muncul dengan beberapa lagu. Antaranya ialah lagu Bobo dimana berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia Lucinta Luna.

Beliau juga pernah mencipta kontr0versi apabila melakukan gimik menjayakan aksi menangis air mata berd4rah menerusi klip video lagu Cuba Bahagia di mana klip lagu tersebut menjadi tular dan meraih sehingga 2.8 juta tontonan di saluran youtube.

Sempena sambutan hari raya aidilfitri tahun ini, menerusi perkongsian terbaharu di instagram Dato Aliff, beliau telah berkongsi suasana sambutan syawal bersama ibu dan keluarganya.

Menerusi video berkenaan ringkas itu, Dato Aliff dan juga Datin Shahida di lihat sedang bersalaman bersama Bonda Rozita.

Kata Dato Aliff, sambutan hari raya pertama beliau bercampur pelbagai emosi gembira dan sedih. Bagaimanapun beliau bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sangat baik serta anak- anak yang menceriakan kehidupan beliau.

Ketika sesi bersalam salaman antara beliau dan isterinya Datin Shahida memohon maaf kepada Bonda Rozita, Bonda Rozita di lihat turut memohon maaf kepada menantunya Datin Shahida malahan mengusap kepala Datin Shahida dengan penuh kasih sayang.

Para peminat yang mengikuti kehidupan keluarga ini merasa terharu dengan tindakan Bonda Rozita yang sentiasa merendah diri dan tidak lupa untuk memohon maaf di atas kesilapan yang beliau lakukan kepada anak dan menantunya.

Tidak di nafikan bukan mudah buat seorang ibu untuk memohon maaf dengan anak dan menantunya. Setiap manusia tiada yang sempurna.

Apabila seorang ibu sanggup mengakui kesalahan, itulah yang sebenarnya yang menjadikan hubungan kekeluargaan mertua dan menantu menjadi lebih erat.

Menjengah keruangan komen, rata-rata peminat mengagumi sikap Bonda Rozita serta memuji cara layanan Bonda Rozita terhadap anak menantunya.

Netizen juga meluahkan rasa terharu melihat menantu dan mertua itu saling bermaaf maafan dengan penuh keikhlasan antara satu sama lain. Berikut dikongsikan komen- komen netizen buat keluarga ini.

“Nampak sangat bonda syg betul kat menantu. Datuk dia mintak maaf pastu dia buat lagi.. bertuah punya anakSelamat hari Raya dato’ dan datin. Touching sgt.”- Netizen

“Bila mak mertua pun sama2 minta maaf cakap yg dia pun ada d0sa pd menantu…rasa mcm terharu sangat…coz nobody perfect & the fact that seorang ibu sanggup mengaku bahawa dia juga ada salah & tidak sempurna itulah yg akan buat hubungan antara mertua & menantu lebih erat…Alhamdulillah Aamiin” – Netizen

Bagusnya sikap Bonda Rozita ni. Sangat merendah diri dan tidak malu mengakui kesalahan serta memohon maaf dengan anak menantunya. Semoga para peminat juga dapat menjadikan tauladan dan mencontohi sikap Bonda Rozita.

Sumber: ig aliff syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!