“Bila dah pakai tudung, pakai lah helok sikit nampak sgt terbentuk tu”- Netizen

Wanita bertudung wajib menutup aurat dengan sempurna seperti yang dituntut dalam agama. Malah apabila wanita itu sudah bergelar isteri, auratnya juga perlu dijaga demi kebaikan buat suami tercinta. Syurga seorang isteri kan di bawah tapak kaki suami. Maka lebih baik untuk kita sebagai wanita menjaga aurat seelok-eloknya.

Salah seorang selebriti yang memiliki isteri cantik bertudung iaitu penyanyi Haqiem Rusli yang baru mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu. Sejak Anis Sofea telah bergelar Isteri kepada Haqiem, beliau menjadi tumpuan netizen dan ramai mengikuti perkembangan pasangan muda ini.

Malah baru-baru ini, rezeki selepas berkahwin buat Haqiem apabila lagu beliau memenangi tempat ketiga menerusi Anugerah Juara Lagu yang ke 36 pada Ahad lalu.

Turut hadir menyokong Haqiem sudah tentu isteri tercinta yang pertama kali dibawa oleh suaminya sendiri di majlis berprestij itu.

Sofea berkongsi beberapa foto kenangan dirinya bersama suami di majlis anugerah juara lagu menerusi laman Instagram. Namun, foto Sofea memakai gaun berwarna putih menimbulkan kec4man daripada warga netizen.

https://www.instagram.com/p/CayspxDp71y/?utm_medium=copy_link

Netizen menegur gaun putih yang dipakai Sofea ketika malam Anugerah Juara Lagu baru-baru ini agak ketat dan mengikut bentuk badan.

Netizen juga berharap agar Sofea tidak mengulangi kesilapannya dan menjaga cara pemakaian beliau. Ada juga sebahagian netizen memuji wajah cantik Sofea di samping suaminya.

Dalam pada itu, foto Sofea berpakaian serba putih itu telah menerima banyak tanda suka dan 277 komen daripada netizen.

Pelbagai respon yang diberikan netizen menerusi ruangan komen dan rata ratanya menegur Sofea dengan kata-kata yang baik.

Jujurnya cantik baju Sofea oakai, serba putih dan nampak suci je. Alhamdulillah rezeki Haqiem lepas kahwin, dapat menang AJL tahun ini.

Sumber: Instagram Anis Sofea

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!