“Best ini, scene gigi terpelanting tu ada tak”- Netizen

Bagi peminat drama Korea, sudah pasti pernah menonton drama bersiri “She Was Pretty”. Tetapi drama tersebut kali ini membawa aura yang baru setelah diadaptasi ke drama Melayu. Jadi, tidak kisahlah anda peminat drama Korea atau Melayu, bolehlah menonton drama “She Was Pretty” versi Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

Lagi-lagi, pelakon drama tersebut adalah Diana Danielle dan Aiman Hakim Ridza. Kedua-duanya pelakon kesukaan ramai. Sudah tentu membawa kelainan.

Drama tersebut merupakan drama komedi romantik, berdasarkan kisah benar, tentang dua kenalan silam yang bertemu semula selepas mereka melalui perubahan nasib dan penampilan, berlatar belakang pejabat penerbitan majalah fesyen.

Melalu posting teaser di Instagrtam milik Diana Danielle, sudah jelas bahawa drama tersebut bakal mencuit hati penonton, terdapat banyak babak-babak lawak yang bakal ditayangkan.

Rata-rata netizen tidak sabar untuk menonton drama yang bakal ditayangkan di Viu ini nanti khususnya mereka yang pernah menonton drama asal versi Korea.

https://www.instagram.com/p/CeyZ8MzD7ZS/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Melalui komen, Diana Danielle juga telah mengesahkan bahawa drama tersebut bakal mula ditayangkan pada bulan ini.

“Best ini.. Scene gigi terpelanting tu ada tak?habis lah tak blh move on dengan second hero la nanti semua”- Netizen.

Penonton juga teruja dengan gabungan pelakon-pelakon yang mantap terutamanya hero dan her01n pada kali ini.

Semoga drama ini akan trending dan meraih ramai penonton kelak. Ramai yg tak sabar ni.

Ig Sumber : Diana Danielleb

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!