Bertemu jodoh di GV7, Ashira bergelar isteri Bad Indigo dengan sekali lafaz

Selamat pengantin baru diucapkan buat pasngan Ashira Aziz dan juga Bad Indigo. Pasngan berkenaan di khabarkan bertemu jodoh semasa mereka sama-sama menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ke 7. Bad mengakui beliau jatuh cinta pandang pertama terhadap Ashira semasa pertama kali bertemu isterinya itu di dalam pertandingan berkenaan. Mereka berdua merupakan pasngan pertama yang bertemu jodoh sejak pertandingan nyanyian tersebut diadakan beberapa musim yang lalu.

Bad Indigo dan Ashira masing-masing sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Buat Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, beliau telah 10 tahun menduda dan mempunyai 2 orang anak manakala untuk Ashira pula, isterinya itu bergelar ibu tunggal selama 6 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki.

Bad mengakui sikap penyayang dan kelakar yang dimiliki Ashira membuka hati beliau untuk terus menyunting Ashira menjadi isterinya. Perkenalan yang bermula di Gegarvaganza itu mulai menjadi rapat setelah mereka bertukar nombor telefon.

Perkhabaran mengenai hubungan mereka berdua mulai tular apabila keduanya dikatakan bakal bernikah pada bulan Mac. Menurut Bad, beliau bertemu dengan keluarga Ashira sekitar Disember tahun lalu untuk berbincang mengenai hal pernikahan dan enggan menunggu lebih lama kerana mahu mempercepatkan perkara yang baik.

Ketika ditanyakan mengenai penerimaan anak masing-masing, keduanya berkata penyatuan mereka berdua telahpun direstui dan diterima baik oleh anak mereka masing-masing.

https://www.instagram.com/p/CMR6HT4FRmA/?igshid=1pq5jxonbywdt

Mengambil keberkatan peristiwa israk mikraj dalam kalendar islam, pasngan tersebut selamat dinikahkan petang tadi sekitar jam 2.46 petang. Menerusi Instagram, Ashira memuatnaik gambar sekitar hari pernikahan beliau buat tatapan para peminat dan pengikut beliau di Instagram. Beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih dengan doa yang diterimanya daripada para peminat.

Muatnaik tersebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan para peminat beliau. Berikut dikongsikan komen yang ditinggalkan di entri berkenaan.

Mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang menyokong dan mendoakan hubungan mereka berdua selama ini. Mudah-mudahan rumahtangga yang baru dibina ini berkekalan. Tahniah di ucapkan sekali lagi buat pasngan ini.

Sumber: Instagram ashiraaziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!