Wanita idaman jadi isteri, Harris akui minat Intan Ladyana sejak dari kecil

Setelah sekian lama menyulam cinta, akhirnya paasangan sejoli Intan Ladyana dan Harris Alif telahpun di satukan pada 6 Februari yang lalu. Haris menjelaskan dirinya mempunyai keserasian dengan Intan setelah semakin lama mengenali isterinya itu. Perbezaan usia selama 17 tahun tidak menjadi penghalang buat pasngan ini menjadi pasaangan suami isteri yang sah malahan membuktikan bahawasanya cinta itu tidak mengenal usia.

Mendedahkan detik perkenalan, Harris terlebih dahulu telah lama mengenali Intan sebagai seorang pelakon senior beliau dalam industri hiburan dan sangat kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Intan Ladyana. Bagaimanapun perhubungan tersebut menjadi lebih rapat apabila media sosial menjadi medium untuk mereka berdua berkenalan dan mendalami hati budi masing-masing.

Hubungan mereka berdua dihidu wartawan setelah Haris memuatnaik gambar bersama Intan semasa perayaan hari raya tahun lalu. Ditanya mengenai penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak keluarga, Intan berkata keluarga Haris menerima dirinya seadanya dan begitu juga dengan keluarga Intan.

Percintaan paasangan ini menjadi buah mulut dalam kalangan netizen kerana perbezaan usia yang terlalu ketara di antara Intan dan juga Harris.

Majlis pernikahan paasangan ini berlangsung dalam keadaan serba sederhana demi menghormati prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan tempoh hari.

Menceritakan kembali detik akad nikah, Harris berkata urusan akad nikah disempurnakan di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Paasangan tersebut telah dijemput oleh program meletop sebagai tetamu undangan malam tadi, Instagram meletop telah kongsikan kembali sedutan video aktiviti yang dilakukan oleh mereka berdua semasa menjadi tetamu undangan.

Dimana mereka berdua di berikan beberapa soalan oleh pengacara Nabil Ahmad sambil di selitkan sesi untuk mempromosikan beberapa menu baru dari restoran makanan segera popular iaitu Mc Donald.

Menerusi sesi soal jawab tersebut Harris mengakui beliau sememangnya meminati Intan Ladyana sebagai seorang pelakon sejak dari kecil lagi. Seperti cerita dongeng, tuah akhirnya menyebelahi Harris apabila kini wanita idamannya itu telahpun bergelar isterinya sendiri.

Rata-rata para peminat merasa terharu dengan pengakuan Harris. Mereka memuji sikap Harris yang begitu ikhlas untuk memperisterikan Intan. Para peminat juga mendoakan agar rumahtangga yang baru dibina itu berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.

Menjengah ke ruangan komen Instagram, beberapa peminat mngalkan komen yang positif terhadap mereka.

Kehidupan paasangan itu juga kini dilihat semakin bahagia. Mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang menyokong dan mendoakan hubungan mereka berdua selama ini.

Haris seorang yang sangat matang jika dibandingkan dengan usianya dan dilihat mampu untuk membimbing Intan walaupun mengambil kira jarak usia antara mereka berdua selama 17 tahun. Semoga rumahtangga yang baru dibina ini berkekalan sampai akhir hayat.

Sumber: Instagram meletop

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!