“Baju sama kaler lah ngn untaa, dia ni kt mana2 pun nak matching”- Netizen

Setiap individu pasti mempunyai gaya penampilan mereka sendiri. Setiap dari kita juga mempunyai warna kegemaran kita sendiri. Ada juga individu yang suka menonjolkan penampilan mereka dalam sosial media masing-masing. ‘OOTD’ atau ‘Outfit of The Day’ adalah satu aktiviti online yang sering dilakukan oleh individu yang suka menonjolkan penampilan dan gaya mereka.

Siapa lagi tidak mengenali penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana. Beliau yang memulakan karier beliau sejak umur 15 tahun terkenal dahulu dengan lagu-lagu duet beliau bersama Allahyarham Achik Spin.

Siti Nordiana kembali menaikkan nama beliau dalam industri seni dengan memasuki program realiti tv Gegar Vaganza dan memenangi tempat pertama dalam program tersebut.

Sebagai seorang penyanyi dan pelakon, beliau pasti mahu menjaga penampilan beliau dimana-mana. Ini kerana menjaga penampilan itu adalah salah satu perkara asas menjadi seorang influencer.

Pada Selasa lepas, Siti Nordiana berkongsi sebuah video bahawa beliau sedang menunaikan umrah bersama anak beliau.

Beliau telahpun selamat sampai dan berada di sana dan baru-baru ini beliau pergi melawati sebuah kawasan yang mempunyai unta yang banyak.

Di dalam video tersebut, beliau dilihat seperti begitu takut untuk memberi makan dan membelai unta-unta disitu. Dilihat juga baju yang dipakai oleh Siti Nordiana pada hari itu sangat secocok dengan warna badan uunta.

Netizen sangat terhibur melihat ragam Siti Nordiana yang dilihat begitu comel mengelak dari tangannya digigit oleh unt4-unt4 tersebut. Ada juga netizen yang sempat berseloroh berkata Siti Nordiana akan memakai pakai yang ‘matching’ dengan suasana sekeliling beliau.

Tidak salah sebenarnya Siti Nordiana untuk berpakaian ‘matching’ mengikut suasana dan sekeliling beliau. Setiap orang ada citarasa mereka tersendiri jadi sepatutnya tidak menjadi hal kerana ianya hak individu.

sumber : instagram sitinordiana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!