“Bagusnya Nabil siap ada Al quran tepi tu” – Netizen

Nabil Ahmad atau Nabil, memang telah nampak penghijrahannya yang semakin hari semakin baik dan semakin nampak perubahan yang drastik tersebut. Malah beliau sering mengatakan beliau berubah kearah yang lebih baik semakin hari berubah. Semenjak itu, beliau juga sering dinampak membaca Alquran di konti dan setiap cukup waktu akan solat di ruangan konti atau surau yang disediakan.

Kali ini sedang siaran langsung didalam konti Era, melihat rakaman Nabil dan rakan artis penyampai radio yang lain membincangkan topik hal semasa.

Apatah lagi mata-mata netizen memang pasti akan terlihat samaada tersembunyi atau terlihat, netizen memang sangat peka apatah lagi jika mencari sesuatu yang kelainan.

Melihat perkongsian tersebut, maka terlihatlah dimeja Nabil mempunyai senaskhah Alquran, yang terbuka. Ramai yang mengatakan ia adalah suatu perkara yang kurang baik dek kerana Alquran mempunyai adabnya yang tersendiri.

Melihat video tersebut, Nabil dan rakan lain sedang rancak bersembang s0al siapa yang rela jika isteri atau pasangan berkawan semula dengan “ex”, sama ada berkawan baik atau biasa saja. Perkara itu patut dielakkan.

Tapi yang dilihat Alquran itu dibiarkan terbuka dan mereka terus bersembang soal duniawi dan tidak membaca pun Alquran yang dibuka. Mungkin Nabil terlepas pandang tentangnya.

Netizen pun menegur perkara yang baik-baik sebenarnya, saling mengingati adalah tugas kita sebagai manusia diatas muka bumi ini. Tidakkah kita boleh terima teguuran mereka, jika ada betulnya.

Namun bukan semua yang menegur, malah ada yang memuji Nabil dek kerana masih membawa Alquran ditempat kerja. Walhal sedang bekerja. Betul tu, tak semua yang mahu membawa Alquran ke tempat kerja mereka.

Semua sudah tahu Nabil baru saja keh1langan ayah tercinta namun kini beliau semakin kuat dan kerana itu beliau semakin mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

Sumber: ig era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!