“Bagus dressing Aafiyah, selalu tutup aurat” – Netizen

Anak adalah satu anugerah yang dikurniakan Illahi. Apabila sudah bergelar ibu dan bapa, kita perlu mendidik anak-anak kita segala adab dan akhlak supaya anak-anak kita mempunyai dua perkara penting itu terterap di dalam rohani dan jasmani mereka. Ini termasuk juga penjagaan pemakaian mereka setiap hari. Kerana imej inilah yang mempertontonkan sifat dan akhlak seseorang itu jadi pemakaian kita sebaiknya selari dengan sifat dan akhlak kita.

Siapa lagi tidak mengenali penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Siti Nurhaliza. Beliau bukan sahaja membina nama di dalam negara tetapi juga dikenali di luar negara seperti Indonesia dan China.

Menjadi seorang yang begitu terkenal dan berpeng4ruh dalam sosial media, beliau sentiasa mengekalkan imeh yang santun dan elok di mata para netizen.

Bukan itu sahaja, beliau sentiasa menonjolkan sifat yang sopan dan berkata-kata dengan lembut bersama anak-anaknya iaitu Aafiyah dan Afwa.

Seperti yang ramai ketahui, anak Dato’ Siti iaitu Aafiyah juga dilihat telah mengikuti jejak ibunya yang lemah lembut dan sopan santun. Beliau walaupun pada usia muda beliau dilihat sebagai kanak-kanak yang cilik dan petah dalam berkata-kata.

Baru-baru ini, di dalam instagram Aafiyah yang dijaga oleh ibunya mengongsikan sebuah video dimana Aafiyah sedang dilayani oleh ibunya.

Dilihat juga dalam video tersebut, Aafiyah seperti sangat menyukai baju yang dipakai beliau dan beliau melakukan gaya-gaya model menunjukkan kerenahnya pada ibunya.

Netizen sangat terhibur melihat kerenah Aafiyah dan ada yang sempat memuji pemakaian Aafiyah yang sangat sopan dan menjaga aurat sekaligus memberikan imej yang baik pada Dato’ Siti sebagai ibu.

Sebagai seorang ibu dan bapa, kita sememangnya perlu mengambil berat isu aurat dalam mendidik anak-anak kita. Kerana menjaga aurat juga adalah perkara penting dan asas yang ditekankan dalam ilmu adab Islam.

sumber : instagram aafiyahkhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!