“Bagi lah hadiah bunga rose ka, ni kemuncup jugak dibaginya” – Netizen

Setiap hubungan rumahtangga mestilah dengan kasih sayang dan penuh cinta. Tidak perlu tunggu masa bersesuaian untuk bermesra atau berkasihan. Itulah contoh yang dilakukan oleh Dato Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia. Mereka selalu memberikan gelak tawa dan gurau senda didalam kehidupan mereka tidak mengira waktu. Itulah contoh terbaik dalam harmoninya sebuah perhubungan.

Dato seorang yang suka mengusik dan menyakat, bukan itu sahaja sebenarnya Dato mempunyai sifat melawak yang semulajadi. Beliau suka melawak tidak mengira masa,alah suka menghiburkan juga.

Begitu pula pasangannya yang sememangnya rasi dan padan, Datin pula seorang yang mudah terhibur dan sangat mudah untuk ketawa. Malahan cara ketawanya juga boleh membuatkan orang lain turut merasa lucu juga.

Walaupun melawak sesuatu perkara itu adalah adakalanya sangat diperlu, tapi kalau ya pun janganlah kemuncup dibawanya sebagai hadiah. Kata netizen. Walaupun kemuncup tapi ia sebenarnya suasana lucu itu yang dimahukan.

Sampai sahaja di pintu kereta dihulurnya kemuncup, memang ketawa berdekah-dekah, sebenarnya ketawa dek kerana mendengar cara ketawa Datin, sangat terhibur orangnya. Mereka sentiasa memberikan gelak tawa kepada peminat dan pengikutnya.

Sebenarnya mereka sangat memberikan inspirasi malah juga memberikan suatu perkara yang dipanggil “happy pil”. Ini kerana setiap kali terhibur pasti akan merasa tenang dan mengulang semula video tersebut agar kembali terhibur dan ketawa.

Nasib baik lah Datin sempat merakam kenangan tersebut dan bileh dikongsikan kepada semua peminat Datin dan Dato. Mereka memang selalu bergurau senda sedemikian walaupun telah lama berkahwin tapi bukan alasan untuk tidak boleh bergurau senda.

Pelbagai komen yang diterima sehinggakan hampir 200 komem diberikan pada perkongsian ini. Antara komen-komen netizen ialah sedemikian. Lihatlah komen mereka.

Harap-harap selepas ini janganlah hadiahkan kemuncup lagi Dato oi. Bagilah hadiah yang membuatkan Datin terhaaru pasti membuatkan ramai yang bangga.

Sumber: ig almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!