“Awww melting Che Ta oiii” – Raja Ilya

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, begitulah perumpamaan yang dapat diberikan kepada Che Ta dan anak perempuan comelnya Aaisyah Dhia Rana. Rata-rata sudah cukup mengetahui kenapa diperkatakan sebegitu. Mana taknya, boleh dikatakan segala apa yang mummy nya buat, dia akan tiru. Contohnya suka melaram, pandai berposing dan sebagainya.

Apa yang menarik tentang Aaisyah ini ialah, si kecil ini sangat suka melaram, tak payah tunggu mummy suruh, akan dibuat sendiri. Jarang kan jumpa anak kecil yang suka melawa tanpa disuruh, pandai betul Aaisyah.

Seringkali ada dimuat naik video Aaisyah yang make up sendiri. Haa, tak payah suruh mua atau mummy make up, dia dah pandai buat sendiri. Ni mesti sebab belajar tengok dari Che Ta ni, mak nya ratu, anak nya harus lah juga ratu kan.

Sekarang ni, Che Ta sedang sibuk mempromosikan Inai Che Ta iaitu produk miliknya sendiri. Tak sangka Aaisyah pun jadi model produk Che Ta, yelah, orang nya comel dan cantik persis ibunya, mestilah kena jadi model produk keluaran mummy nya sendiri kan.

Baru-baru ini ada dimuat naik video Aaisyah yang sedang bersiap-siap nak pergi photo shoot, bukan main lagi merah menyala siap bersanggul lagi. Kalah kita, cantik sangat budaknya, tak padan dengan usia yang masih kecil tu.

Caption yang bertulis “Feeling betui anak kami ni. Orang dok betuikan sanggui dia, dia dok posingggg..pantang kamera on teruih posing let0psss.

Hampa ghasa sikit lagi kami tercamp4k dakkkk kalo si Aaisyah ni besaq sikit ?Hahahah, Dia punya nak tunjuk inai mak dia..posing sakannnnnn hampaaaaaaaaa..Taulah kuku tu topap inai sendiri..kemainnn”

Haa, tudia caption yang Che Ta tulis, bukan main lagi eh Aaisya, orang duk betul kan sanggul, pantang nampak kamera terus berposing, tak berkelip mata kita kagum dengan kecantikan si anak dara kecil ni. Jangan tengok lama-lama, nanti jat0h cinta.

Bak kata netizen, dia punya tu feeling tu, bukan main lagi ye. Silap hari bulan, habis job Che Ta ken caras dengan anak nya tu. Mana taknya, tercamp4k Che Ta satgi. Dia punya feeling macam model tu, mengalahkan model dewasa ya.

Bagi sesiapa yang nak dapatkan inai Che Ta, korang bolehlah cari di atas talian, mana tahu satgi lawa macam Aaisyah kan, lepas tengok Aaisyah terus rasa nak beli inai tu. Nak juga merasa jadi model kan macam Aaisyah yang comel tu.

Sumber : Rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!