“Awesome, so sweet”- Aidil Aziz

Ramainya yang sayang… Dah dua hari pun masih ada kawan-kawan dan orang yang mengingati nak sambutkan hari jadinya lagi. Untunglah pelakon berbakat yang cantik manis, Fasha Sandha dikelilingi mereka yang baik-baik. Menyambut hari lahirnya 28 Mac lalu, memang tak cukup sehari sambutan hari bermakna buat aktres itu yang menginjak usia 38 tahun, tahun ini. Itu jua yang diiyakan rakan Fasha termasuk usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati ini.

Menyedari jadual Fasha terpaksa disusun dek kesibukannya dalam harian, biarpun harinya sudah terlepas, Rita akur terpaksa menunggu masa sesuai yang diatur untuk sambutan hari jadi rakannya itu biarpun di lokasi Fasha bekerja iaitu di set sebuah drama.

Bersyukur tetap dapat meraikannya dengan Fasha, katanya dalam perkongsian hantarannya itu, dia tetap gembira biarpun sudah maklum Fasha dah potong tujuh ke lapan kek bagi sambutan hari lahirnya sebelum itu.

Selain Rita, pengikut di hantarannya itu turut mendoakan Fasha sempena sambutan hari jadinya. Menariknya, tak kurang ramai yang kagum dengan persahabatan mereka yang akrab dan nampak manis sahaja.

Suami Fasha iaitu aktor, Aidil Aziz juga di ruangan komen melayangkan coretan melihat sambutan Rita untuk isterinya itu nampak ‘so sweet”. Ramai yang mendoakan agar persahabatan mereka hingga ke jannah.

“Apehal den plak menyengih dari awal tgk”, “Alhamdulillah dikelilingi rasa kasih sayang yang sangat hebat”, HB.. orang baik ramai sayang”, “Suka la tgk Rita ni baik”, “Ramainya yang sayang Fasha, alhamdulillah”, “Sahabat sejati”. Itu antara komen netizen.

Sebelum ini pun bukan saja Rita, Fasha juga pernah membuat kejutan sambutan hari jadi untuk sahabatnya itu. Wah… Memang dah lama berkawan rupanya mereka ni. Patutlah ramai yang kagum dan suka melihat keakraban mereka.

Rita ialah anak sulung pengasas jutawan kosmetik, Nouvelle Visages (NV), Arw4h Datuk Sosilawati Lawiya. Arwh Sosilawati pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rock, Nash pada 2006 sebelum berpisah pada 2009.

Fasha terjvn dalam bidang seni lakonan bermula apabila diperkenalkan menerusi filem arahan Ambri Kailani, Bl4ck Maria sebagai watak pembantu yang ditayangkan pada 26 Jun 2003. Selepas itu, Fasha mendapat tawaran berlakon yang mencurah-curah.

Fasha dan Aidil melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Mac 2019, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fasha ke-35. Padanlah sambutan hari jadi Fasha amat bermakna sebab hari sama merupakan detik ulang tahun perkahwinan mereka.

Sumber : IG Rita Sosilawati & Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!