“Awat sis kur0s sangat”- Netizen

Selepas disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020, ‘saham’ wanita bernama Nur Zahirah MacWilson Zainol yang lahir pada 1 Februari 1995 ini tak pernah jatvh. Bahkan selepas melahirkan seorang cahaya mata, Isaac Raees, 1, tampaknya kerjaya nya sebagai seorang pelakon dan model masih seperti dulu. Lebih menarik, penampilannya kini kelihatan persis seorang anak dara.  Begitupun, dalam perkongsian terbaharunya ramai pula yang perasan kelainan pada wajah Zahirah.

Dia terlihat lebih kurvs dan cengkung daripada biasa. Prihatin dengan perkembangan dirinya, ramai netizen di ruangan komen hantaran terbaharu Zahirah menegur dan menanyakan sebab dia boleh sekurvs itu. Ada yang menyamakan kurvsnya seperti aktres, Amyza Adnan.

Agak mencuit hati apabila netizen merasakan wajah isteri kepada aktor, Aiman Hakim Ridza ini lebih cantik yang dahulu jika dibandingkan dengan sekarang. Tak kurang juga yang tak kisah dengan rupa sedia adanya kini yang disifatkan kekal menawan.

Pastinya Aiman juga tak kisah dan makin sayang isterinya itu apabila dia juga melayangkan coretan di ruangan komen hantaran Zahirah itu dengan katanya: “Can I like the vid more than one time”. Alolo… Suwitnya..

Ya… Tak dinafikan bukan sahaja mukanya, sosok Zahirah terutama tang perutnya elok kempis bak anak dara itu pastinya membuatkan ramai wanita lain yang juga beranak satu tapi terpaksa menukar saiz busana sejak jadi mak budak gamaknya menangis di tepi bucu katil.

Untuk info, November tahun lalu, bukanlah mengeluh, Zahirah pernah berkongsi dengan media tempatan mengakui penat dan tertekan menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada seorang anak lebih lagi ketika terpaksa menggalas tanggungjawab seorang diri tanpa suaminya, yang ketika itu sedang menjalani penggambaran.

Akuinya, dia kadang-kala terlupa untuk makan dek kerana terlalu sibuk menguruskan anak, bahkan umpama dah tak kisah dengan rupanya sebab keutamaannya dah berbeza sekarang. Padanlah sampai boleh kurvs gitu sekali ya…

Nama Zahirah mula menjadi perhatian ramai selepas membintangi drama Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad, Zahirah memegang watak Annisa. Mengisahkan perjalanan cinta antara Anissa dan Hisham, dalam drama itu, Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti.

Nama Zahirah turut menjadi sebutan menerusi gandingannya bersama Shukri Yahaya menerusi drama Cik Cinderella dan Encik Tengku. Dia memegang watak Puteri Nuraisha. Zahirah kembali menjayakan wataknya dalam telefilem khas Aidilfitri, Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya.

Anak kepada pelakon, Zainol Johari MacWilson yang juga merupakan bekas penyampai berita TV3 dan ibunya ialah Maslinda Yusoff ini dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia serta berketurunan British (bapa) dan Melayu (ibu). Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Sumber : IG Zahirah MacWilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!