“Amboi dia sengaja bagi mama dia paanik” – Netizen

Hanya ibu-ibu yang biasanya tahu perasaan anak-anak mereka. Lazimnya naluri keibuaan menyebabkan seseorang itu dalam sekali imbas pun sudah dapat ‘membaca’ apa ada dalam fikiran dan tingkah laku anaknya tambahan yang masih kecil. Macam apa dikongsikan pelakon cantik, Ummi Nazeera ini tentang ‘modus operandi’ salah seorang daripada dua orang cahaya matanya ini.

Terdahulu berasa panik anaknya itu tiba-tiba menangis ketika dirinya sedang bekerja, terus Ummi mendapatkan si kecil itu dan memujuknya. Begitupun katanya anaknya itu menangis tanpa air mata.

Rupanya nak menarik perhatian dirinya saja, coret Ummi selain sempat ‘tag’ suaminya Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani utk menunjukkan ‘perangai’ anaknya nan seorang itu.

Tak sangka, kecil-kecik pun, bijak sungguh Aysha Arsylia, yang kini sudah berusia dua tahun. Dalam pada itu tak kurang netizen yang memberikan respons akan tingkah anak kecil Ummi itu.

“umminazeera dia sje jer lah to nk mnja2 ngn mak dia”, “Dia belakon juga ikut mcm maknya”, “anak no 2 kann? g attention seeker. anak sy pon gitu. sabo sabo”, “Ikut mummy dia nie”.

“Aysha nk manja la tu..umur tgh nk kena pelvk2 selalu”, “Ahahaha.. Dia pun pandai berlakon gak tu nak jd mcm mummy..”, “naik 4 5 thn nanti buat deq je dengan kita..kita pulak terhegeh2 nak manja dgn dia”.

Itu antara komen netizen. Agak mencuit hati juga apabila Dr Izzar seakan mengiyakan kata-kata netizen apabila membalas di ruangan komen hantaran Ummi itu dengan coretannya.

“Ikut mummy dia la tu. Camnila perasaan dia”, kat Izzar. Menariknya ramai juga berkongsi pengalaman yang anak nombor dua lazimnya memang begitu, tambahan pula pada peringkat usia sedemikian ia adalah normal.

Bagus Ummi Nazeera bawak anak sekali pergi kerja ya… Tak hairanlah ramai yang memberikan komen yang anaknya itu pun nak berlakon sama macam maknya. Mana tahu penyambung legasi Ummi nanti.

Terdahulu selain Aysha, pada 22 Ogos 2018, pelakon terkemuka yang digandingkan bersama seelebriti, Datuk Awie dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu dikurniakan seorang anak perempuan, Ayra Aneesah, 5.

Sumber : IG Ummi Nazeera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!