“Alhamdulillah, senyap2 terus kahwin” – Netizen

Nama Wany Hasrita tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan. Dengan imej Wany yang sopan dan bertudung labuh, ia sama sekali tidak menghalang dirinya untuk mengetengahkan bakat nyanyiannya yang cukup hebat. Malah Wany memiliki peminat yang ramai dan setiap lagu nyanyiannya pasti akan mengungguli carta lagu di radio mahupun di laman sosial media.

Tiada angin tiada ribut, tahu-tahu penyanyi kesayangan ramai ini bakal menamatkan zaman bujangnya pada malam ini dengan bakal suami pilihannya.

Alhamdulillah dan tahniah buat Wany kerana bakal menempuh kehidupan baru sebagai seorang isteri. Siapa sangka, Wany antara selebriti yang jarang dikaitkan dengan gosip cinta.

Senyap-senyap dah nak kahwin dah Wany. Ini orang kata diam diam ubi berisi ini hehe..

Wany menerusi posting terkini, beliau memuatnaik kad perkahwinan berbentuk digital. Dan tertulis majlis akad nikah mnya bakal berlangsung pada malam ini.

Tertulis juga nama bakal suaminya iaitu Al-Adib Fahmi yang telah berjaya menawan hati Wany selama ini.

Posting wany itu juga telah menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat-peminatnya. Mereka turut meluahkan perasaan teruja ke atas perkhabaran gembira daripada Wany.

Setakat ini, Wany belum pernah mendedahkan identiti bakal suaminya dan tidak pernah memuatnaik foto bersama berkemungkinan untuk menjaga privasi.

Tahniah buat Wany dan suami. Semoga Wany dan suami akan terus bersama hingga ke syurga. Semoga Wany juga terus kuat dalam menempuh alam rumah tangga bersama insan tersayang ya..

Seronoknya tengok Wany dah kahwin. Tak sabar nak tengok wajah bakal suami Wany. Tahniah Wany.

Update terbaru, Wany Hasrita selamat bergelar isteri dengan dua kali lafaz, hensemnya suami Wany. Semoga Wany berbahagia bersama suami hingga ke Jannah.

Sumber: Instagram wanyhasrita

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!