“Alhamdulillah, harap2 minggu depan tak datang dah”- Netizen

Siapa saja yang tidak mengenali usahawan popular Dato Seri Vida sejak dihimpit pelbagai kontroversi baru-baru ini. Malah kemunculan Vida menerusi program realiti Big Stage telah mengejutkan ramai penonton selepas terpilih menjadi Presiden Netizen bagi minggu pertama. Secara umumnya, Big Stage antara rancangan hiburan yang melibatkan penyanyi-penyanyi baharu di Malaysia.

Apabila Vida muncul menerusi program tersebut, ramai netizen tidak bersetuju dengan kehadiran Vida sebagai Presiden Netizen. Namun ada juga sebahagian netizen suka dengan penampilan Vida di program hiburan tersebut.

Vida yang tampil cantik dengan memakai jenama mewah ketika minggu pertama Big Stage telah mencuri tumpuan netizen.

Dan lebih mengejutkan lagi, minggu pertama Big Stage juga menampilkan Iqbal, selaku peserta ke dua belas Big Stage.

Namun Vida tetap maintain professional memberi markah buat Iqbal dalam program realiti.

Sementara itu, baru baru ini Vida memuatnaik foto beserta kapsyen “Alhamdulillah selesai minggu pertama sebagai presiden netizen.”

Meninjau pada komen netizen, ramai netizen menyatakan kurang senang dengan kehadiran Vida di rancangan big stage itu. Dan kurang senang dengan kemunculan Vida serta bekas pembantu peribadinya iaitu Iqbal.

“Kalau ada iqbal dgn dato, saya mmg takkan tengok big stage dah, presiden netizen apo netizen pun kcam dia, harap2 minggu ni jelah”-Netizen

Posting vida telah menerima 250 komen dan 12,000 tanda suka. Rata-rata memberi pelbagai respon pada foto yang dimuatnaik usahawan ini.

Sabrr ye Dato Vida, nampaknya ramai netizen nak Dato Vida berehat dan lebih fokus pada berniaga kan.. Pape pun, outfit dato vida elegan dan cantik sangat.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!