“Alamak Tasha, daddy yang terlebih lancar” – Netizen

Sebagai ibu bapa, sudah semestinya kita semua adalah insan yang paling bertanggungjawab dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Ketika di sekolah, ibu bapalah yang mengajar mereka subjek akademik, tapi jangan disangka di rumah kita boleh mengabaikan mereka. Apakah tips yang boleh korang kongsikan bersama-sama ? Cuba komen di bawah.

Dr.Sheikh Muszapahar kini sudahpun mempunyai 6 orang cahaya mata. Beliau seringkali memuat naik video bersama-sana anaknya. Pun begitu juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi tips penjagaan anak-anak yang boleh diaamalkan bersama.

Ramai juga golongan ibu bapa yang bertanya kan soalan di ruangan komen, dan terus dibalas oleh Dr. Yelah, kita juga nak belajar cara penjagaan anak-anak. Lain orang lain caranya, apa salahnya berkongsi cara masing-masing kan ?

Kali ini, ada dimuat naik video Dr dan juga anak kedua kesayangan nya yang bernama Tasha. Rasanya semua sudah cukup mengenali Tasha ni. Tasha ni boleh sama sahaja manis seperti kakak sulungnya yang bernama Bella tu. Yelah, dah nama pun adik kakak kan.

Video kali ini adalah video di mana Dr. Sheikh yang ingin mendengar surah hafalan Tasha. Mereka bersama-sama membaca dan menghafal surah sewatu di dalam kereta. Sempat juga buat video, sambil-sambil kan, tak membuang masa.

Dr.Sheikh dan Tasha membaca bersama-sama. Dari awal sampai habis. Tapi, yang menarik nya, macam Dr.Sheikh pula yang baca sampai habis. Hehe, kita nak dengar Tasha baca, tapi ayahnya pula yang terlebih lancar. Sporting betul.

Kalau anak-anak tak ingat, rasanya itu adalah suatu kebiasaan, biasalah budak-budak yang baru habis menghafal. Makan masa juga nak baca dengan begitu lancar. Kadang-kadang tu, asyik tak ingat saja apa yang dihafalnya. Betul tak ?

Banyak cara yang boleh dipraktikkan untuk melancarkan ingatan anak-anak. Tak perlu lah nak marah kepada mereka kalau tak ingat hafalan. Kalau marah dan r0tan untuk tujuan peringatan dan tujuan mengajar tu takpa, tapi janganlah berlebih-lebihan.

Justeru, memang tak dapat dinafikan ibu bapa adalah mereka yang paling penting dalam membesarkan anak-anak mereka. Dekat rumah, sentiasalah pantau aktiviti mereka, jangan lah lepaskan tanggungjawab mengajar itu kepada cikgu semata.

Sumber : Ig Drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!