“Alah alah ada penyanyi dalam keta tu” – Sharifah Shahora

Percutian bersama keluarga adalah salah satu impian yang sangat diimpikan oleh semua. Yelah, siapa je taknak luangkan masa bersama keluarga tercinta. Kalau boleh, tiap kali ada masa terluang saja, terus book mana-mana tempat makan angin untuk keluarga masing-masing. Masa yang ada kebiasaanya hanyalah waktu cuti sekolah.

Musim cuti ni korang semua pergi mana dengan family? Ada yang pergi makan angin dalam negara, ada juga yang makan angin di luar negara. Tak kisahlah dekat mana pun korang bercuti kali ini, yang penting luangkan lah masa bersama keluarga.

Time on the way ke tempat percutian, sudah menjadi kebiasaan semua keluarga terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil untuk merasai pengalaman yang di luar jangkaan, yelah anak-anak kecil ni banyak sangat ragamnya. Sabar jelah.

Tapi, tidak bagi keluarga kepada Dato Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia. Nak tahu kenapa ? Dek kerana ada dimuat naik video mereka sekeluarga yang dalam perjalanan ingin ke Singapura ada event yang mereka kunjungi di sana. Wah bestnya. Seronok kalau dapat join.

Beliau memuat naik video keadaan anak-anak di dalam kereta, semasa dalam perjalanan ke negara jiran tersebut. Bak katanya, beliau amat bersyukur kerana anak-anaknya bukanlah sejenis yang terlalu add1cted kepada gajet. Wahh,menarik.

Bukan senang nak didik anak-anak zaman sekarang supaya tidak terlalu bergantung kepada gajet. Yelah, zaman sekarang kan zaman mereka, kita time kecik-kecik dulu main batu Seremban, congkak dan sebagainya. Semuanya mainan tradisional.

Tetapi, keluarga ini tidak mendidik anak-anaknya supaya terlalu bergantung kepada gajet. Mereka melatih anak-anaknya supaya membuat perkara lain yang lebih menarik. Korang nak tahu mereka buat apa ? Tengok video tersebut. Comel je semuanya tu.

Kelihatan anak sulungnya yang seronok menyanyi di dalam kereta. Wow, ini memang betul-betul luar biasa. Ada set karaoke dalam kereta eh, bukan main merdu lagi suara kakak. Hebat betul, seronok tengok mereka yang jamming di dalam kereta.

Manakala, yang lain pula ada yang membuat aktiviti mewarna, dan sebagainya. Ibu bapa mana je tak happy bila tengok anak-anak nya tidak terlalu addicted dengan gajet. Tidak dinafikan bahawa bermain gajet bukanlah suatu yang salah, tapi risau juga jika kelak terlalu add1cted.

Sumber : Ig Almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!