“Ala, jgnlah buat muka comel tu” – Shuib

Sememangnya idea untuk membuat review dan promote sesuatu produk banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai contoh dengan menggunakan elemen-elemen komedi dan sebagainya. Semua orang ada caranya yang tersendiri dan cara marketing yang tersendiri untuk menarik perhatian. Kalau makin kreatifm iainya akan menjadi efektif dan menarik perhatian pembeli.

Biasanya korang akan beli tak barang yang selalu korang tengok di iklan ? Atau korang rasa ada rasa minat tak nak beli barang-barang tersebut ? Kalau korang rasa nak beli itu bermakna marketing yang mereka lakukan Itu adalah berhasil.

Tapi kali ini Shuib pula juga menjadi salah seorang tukang promote produk makanan tetapi sangat kreatif cara beliau promote barang tersebut. Kita yang tengok video tersebut pun tak rasa pun macam kita tengok video untuk promote.

Ada di muat naik video Shuib dan juga Zara Zya yang sedang membuat panggilan video call. Zara bertanya dimanakah Shuib berada. Haa,depa berdua ni nak pergi dating tau bawah pokok. Comel sangat lah, sweet sweet je tengok diorang ni.

Time diorang nak makan makanan tersebut tu,kita tak perasan pula sebenarnya mereka sedang membuat video marketing bukan apa kerana syok sangat layan perbualan mereka. Comel je rasanya. Mengada betul tengok cara Shuib dan Zara Zya tu, manja.

Sememangnya perbualan mereka itu sangat serasi. Itulah bab kata netizen kalaulah ada jodoh Shuib dan Zara Zya, semuanya bersetuju dan kedua-duanya sangat serasi dan sangat comel.  Tapi rasanya video itu hanya untuk promote produk sahaja.

Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan kita doakan yang baik-baik sahaja untuk kedua-duanya, tapi sekarang ni mereka sedang membuat video marketing.  Ada juga unsur romantiknya di dalam video tersebut. Apa hubungan mereka, kita pun tidak tahu.

Seperti yang diketahui, Zara Zya pun sudah menjadi salah seorang pemilik outlet Bubblebee yang mana iainya adalah perusahaan Shuib. Jadi, tak pelilklah kalau selalu nampak mereka membuat video bersama, rakan bisnes lah katakan.

Walau apa  pun, kita doakan yang terbaik untuk kedua-duanya. Semoga bisnes berjalan dengan lancar. Marilah pakat beli produk yang dipromote oleh mereka berdua tu. Boleh makan dan rasa vibes sweet sweet macam Shuib dan Zara Zya tu.

Sumber : Ig Shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!