“Aku tak larat nak angkat kali ni, sorry” – Andi Bernadee

Rancangan realiti muzik yang sentiasa menjadi kegemaran ramai ini ternyata telah berjaya bersiaran di kaca TV sehingga musim kelima. Selain dapat menjadi platform bagi mencari bakat-bakat baharu mereka yang di luar sana dalam bidang nyanyian, malah dapat membuka peluang kepada mereka yang kurang berbakat untuk turut serta berlakon bagi mengaburi mata juri-juri panel dan penyiasat.

I Can See Your Voice Malaysia ini merupakan rancangan asal dari Korea Selatan yang telah bersiaran di Malaysia sejak tahun 2018 lagi. Siri terbaru yang telah disiarkan pada malam Ahad semalam telah menimbulkan kekecohan dan riuh-rendah apabila suatu kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku.

Menampilkan artis jemputan seperti Zizi Kirana, Janna Nick, Marsha Milan, Altimet dan ramai lagi bagi memeriahkan lagi suasana rancangan ICSYVM ini yang silih-berganti panel jemputan dan penyiasat. Lain artis jemputan, lain pula adegannya di setiap episod ICSYVM.

Keadaan menjadi tidak terkawal dan melucukan sekali apabila Janna Nick yang turut hadir menjadi panel jemputan tiba-tiba telah j4tuh dari kerusi. Dalam cuplikan video yang dimuatnaik oleh Janna itu terlihat riak wajah Janna yang sedang teruja menuju ke kerusinya sehingga menyebabkan dirinya j4tuh.

Rakan artis yang ketika itu berada disebelahnya juga tidak mampu menyambut Janna dari terj4tuh kerana waktu kejadian yang terlalu cepat berlaku. Insiden memaluk4n buat Janna akhirnya telah memecah tawa satu studio ketiak penggambaran kerana sangat terhibur melihat gelagat lucu dari Janna yg tidak disengajakan itu.

Bukan sahaja itu, penonton rancangan ICSYV rata-ratanya juga terhibur dengan kejadian j4tuh dari kerusi yang menimpa Janna pada hari itu.

Video yang dimuatnaik oleh Janna di Instagramnya telah dibanjiri ribuan komen dari peminat dan netizen yang suka dan tertawa melihat adegan tersebut sehingga mengulang-ulang video tersebut.

Bukan sahaja netizen, rakan artis juga ada yang meningg4lkan komen dan antara komen yang mendapat perhatian adalah komen dari Andi Bernadee yang turut ada di tempat kejadian.

Andi berkata dia sudah tidak mampu untuk menolong Janna lagi malah dia ketika itu sempat menepuk tangan disebabkan terlalu terhibur.

Janna Nick ni memang sangat aktif orangnya. Atau mungkin betul kata netizen bahawa memang kerusi sebenarnya yang salah dan tidak stabil. Sebab terlalu teruja berlari ketika itu Janna pun tidak sedar yang dia boleh terj4tuh.

Sumber: Instagram Janna Nick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!