“Ahh sudah, Romeo dan Juliet ni dulu2” – Netizen

Ingat lagi kepada hero idaman Malaya ini? Suatu ketika namanya di puncak, wajahnya acap keluar di kaca televisyen dan filem. Salah satu daripada drama bersiri popular sering menjadi tontonan saban minggu hingga dirinya jadi jejaka idaman gadis-gadis pada masa itu ialah Cinta Korporat, bergandingan pula dengan heroinnya, aktres berkulit hitam manis, Azah Aziz.

Kelmarin, di majlis perkahwinan anak rakan artis, Sharifah Sharifah, nampaknya mereka berdua ‘berjodohan’. Terpancar wajah kegembiraan kedua-duanya apabila dapat bertemu empat mata.

Mesti hubungan mereka sangat rapat semasa berlakon dalam drama lejen itu. Tentunya pertemuan kali ini mengimbas nostalgia mereka dahulu. Azah sendiri mengimbas kenangan mengusik jiwa tentang ‘heronya’ itu.

Terlihat keakraban keduanya bila dapat berjumpa, siap berlaga pipi dan mendakap satu sama lain. Rakan artis lain juga tampaknya tumpang gembira melihat pertemuan mereka.

“Ingat sgt2 cite ni. Favourite. Time ni form 4”, “Legend drama cinta korporat.. Drama feveret dlu ni”, “My how time flies…I was in my 30s then”,

“Rusdi Ramli Hero paling terbaik drama melayu..sesuai sgt bergandingan dgn Azah Aziz..betul2 image orang melayu..”, “”Hero yg terbaik. Suka sgt dia berlakon tak pernah over”.

Itu antara komen netizen. Nampaknya memang tak kurang yang ‘campak belakang’ terkenang zaman dulu kala melihat figura berdua ini yang tampaknya serasi sungguh bersama. Macam abang dan adik pulak.

Tambah pula tak kurang yang memuji Azah masih kelihatan cantik hingga kini sama seperti zamannya semasa berlakon dalam drama tersebut. Rusdi pun masih diperhatikan tak lari banyak rupanya dari dulu.

Kini berusia 52 tahun, Rusdi juga merupakan anak kepada pelakon Norlia Ghani dilahirkan di Ulu Kelang ini telah membintangi banyak drama televisyen dan filem terutama di tahun 90-an.

Sementara Azah, 50, terdahulu menetap di Montreal, Kanada selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah. Selepas 20 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini baru kembali menjenguk negara.

Apa pun benar… pertemuan mereka mengimbas nostalgia lebih dua abad lalu. Mana tahu ada Cinta Korporat 2 pulak lepas ni, siapa tahu. Yang pasti  ramai peminat teruja melihat kelibat mereka berdua.

Sumber : IG Azah Aziz

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!