“Adoi dia dh ada geng baru lah”- Didi Alias

Di awal perkahwinan cukup membahagiakan buat pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Lebih-lebih lagi apabila pasangan kita itu sendiri ‘satu kepala’ dengan kita. Susah nak cari pasangan yang sekepala dengan kita sebenarnya, kalau ada itu memang untung betul. Dan lebih mudah lahi apabila kita sendiri tak payah terangkan banyak benda, masing-masing faham sendiri.

Seperti selebriti Reen Rahim yang memang terkenal dengan sikap ‘gila-gila’ beliau membuatkan ramai peminat dan rakan artis suka dengannya. Siapa sangka, suami beliau juga satu kepala dengannya.

Seperti yang ramai ketahui, Reen Rahim baru bergelar isteri dan majlis perkahwinannya mencuri perhatian ramai netizen. Nampak Reen dan suami sememangnya sepadan, bagai pinang dibelah dua orang kata.

Setelah bergelar suami isteri, Reen mula memuatnaik video bersama suaminya di laman sosial media. Video berkenaan telah menghiburkan netizen dengan gelagat pasangan ini.

Menerusi video berkenaan, terserlah gelagat Reen bersama suaminya yang menghiburkan. Memang sweet je kita tengok pasangan sama cantik sama padan ini.

Sementara itu, video Reen telah menerima banyak respon daripada netizen di ruangan komen. Rata-rata terhibur dan tidak menyangka suami Reen ternyata seorang yang sporting melayan perangai ‘gila-gila’ isterinya.

“Baru tahu suami reen macam gini sportingnya, suami lagi huru hara hahaha, adeh sama naik reen dh ada geng dah ni”-Netizen

Malah video dimuatnaik Reen bersama suaminya itu telah menerima 600,000 tontonan baru-baru ini.

Secara umumnya, sebelum berkahwin Reen tidak pernah sama sekali mendedahkan wajah suaminya dan antara selebriti yang pandai ‘simpan’ rahsia tentang hubungan cintanya.

Sweetnya tengok Reen dengan suami, baru berkahwin kan.. Semoga bahagia dan kekal hingga jannah ye reen dengan suami tercinta.

Sumber: Instagram reenrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!