“Ada gaya lagi mak mah ni”-Netizen

Masihkah korang ingat dengan pelakon veteran Ruminah Sidek, Sehingga kini, Ruminah Sidek atau dipanggil Mak Mah ini sentiasa tampil hebat dengan lakonannya. Meskipun sudah lanjut usianya,Mak Mah kelihatan sihat bertenaga dan masih menerima tawaran berlakon daripada beberapa pihak produksi. Jika kita lihat sendiri, Mak Mah sering berlalon menerusi filem seram tempatan.

Melihat pada perkembangan pelakon veteran ini, beliau masih aktif berlakon dan berupaya memegang watak lakonan dengan baiknya.

Malah bukan itu saja, Mak Mah pun sporting bermain Tiktok bersama salah seorang pelakon senior iaitu Didi Alias.

Melihat gelagat mereka berdua berjoget di Tiktok,memang melucukan dan menghiburkan netizen.

Rata-rata netizen teruja melihat keadaan terkini Mak Mah. Malah terkejut selepas melihat Mak Mah masih aktif berjoget walaupun sudah berumur 75 tahun.

Dalam pada itu, berlakon sememangnya sudah berdekad lamanya buat Mak Mah sejak pertama kali melibatkan diri dalam bidang lakonan filem bersama lagenda P Ramlee pada tahun 1968.

“Steady mak mah joget, larat lagi dia, comel mak mak, lawak nengoknya “-Netizen

Agaknya apa lah ye rahsia mak mah masih sihat dan aktif macam sekarang? Kena tahu tips dari Mak Mah ni, hehe..

Sumber: Instagram ladydidimsia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!