“Ada bakat, bakal jadi penyanyi ni” – Netizen

Tidak disangka anak kepada Fizz Fairuz dan Almy Nadia sangat berbakat sejak dari kecil lagi namun tidak pernah mereka tonjolkan dan tidak pernah lagi diceritakan sebelum ini. Melihat daripada video yang dimuat naik oleh Almy sendiri, terlihat anak sulungnya menyanyikan lagu zaman 90 an, dan beliau menghafal lagu tersebut dengan baik dan boleh menyanyi dengan mengikut nada juga.

Berduet dengan Lan Solo ketika itu, dengan lagu “Memori Berkasih”, di pentas kenangan tersebut dapat mengetahui bakat yang terpendam oleh Arianna. Bakat yang sendirinya terhasil mungkin salah seorang ibubapnya mempunyai bakat terpendam.

Almy juga berkongsi ketika itu adalah saat yang manis kerana mereka masih kanak-kanak dan ia adalah kenangan yang terindah. Pasti setiap ibu bapa akan merindui zaman anak-anak masih kecil.

Karnival yang dianjurkan oleh Fizz Fairuz sendiri ketika itu,pada beberapa tahun yang lepas, mengulit kenangan semula apabila dimuat naik oleh Almy kenangan-kenangan tersebut. Ramai rindu masa anak-anaknya masih kecil.

Adakah Arianna berbakat dalam nyanyian dan berminat untuk meneruskannya, tidak ada salahnya dek kerana kedua ibubapanya juga dalam bidang seni setelah sekian lama. Tapi dah besar sekarang tak pernah nampak lagi Arianna menyanyi.

Jika baru-baru ini Arianna baru sahaja menjadi johan dalam pertandingan berpantun, ianya juga sebuah seni yabg hebat, nyanyian juga mungkin adalah bidang yang boleh diceburinya apabila dewasa kelak.

Pelbagai komen yang diberikan oleh peminat-peminat Almy, dan mereka lebih menyokong Arianna supaya terus berjuang didalam dunia seni penyambung legasi. Inyaallah bakal berjaya suatu hari nanti.

Antara komen-komen netizen pun semuanya memuji-muji bakat yang mereka pun baru ketahui selepas Almy berkongsikan video tersebut. Inilah antara komen-komen mereka.

Arianna merupakan anak sulung kepada Fizz Fairuz dan Almy Nadia, sekarang Arianna berusia 8 tahun daripada empat adik beradik.

Sumber: ig almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!