“Aafiyah ingat snow tu macam pasir di laut, rupa2 nya sejuk” – Netizen

Siapa saja yang tak teruja jika pergi ke luar negara yang sedang turun salji. Jangankan kanak-kanak, orang dewasa pun pasti teruja disebabkan negara kita yang hanya mempunyai empat musim ini dan tentu saja terkecuali dari musim sejuk yang bersalji. Kanak-kanak yang masih lurus fikirannya pasti memikirkan keseronokan bermain salji saja tanpa fikir sebab-sebab yang lain.

Inilah yang terjadi kepada puteri sulung dari penyanyi nombor satu negara iaitu Siti Aafiyah ini. Buat peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Dato Siti Nurhaliza pasti sudah tahu tentang keberadaannya yang kini sedang bercuti di luar negara bersama keluarga.

Pasti ramai sudah tahu dengan berita semasa yang telah viral beberapa minggu lalu apabila Dato Siti kini telah berjaya membeli sebuah rumah di negara ternama Dubai. Bukan calang-calang orang katanya yang dapat membeli rumah disana.

Sempena ulang tahun kelahirannya pada tahun ini, Dato Siti telah memilih negara Turki sebagai tempat pelancongannya. Tetapi misi utama percutian mereka sekeluarga adalah untuk menunaikan hasrat sang puteri yang memang teringin untuk bermain salji.


Namun lucunya apabila sampai di sebuah pergunungan bernama Uludag itu, keinginan Aafiyah untuk bermain salji tidak lagi tinggi. Ini kerana sejuk yang melampau telah memotong mood puteri sulung dari Dato Siti dan Dato Khalid ini.

Bukan sahaja Aafiyah yang kesejukan, dari perkongsian siaran langsung di Instagram terlihat Dato Siti juga tidak dapat menahan sejuk ketika berada di gunung tersebut. Sehinggakan mereka dua beranak terpaksa lari masuk ke dalam kender4an bagi menghangatkan badan.


Peminat masing-masing merasa lucu dengan tingkah laku dari Aafiyah dan ibunya ini. Malah peminat sempat menyakat Aafiyah bagaimana hendak menjadi Elsa jika tidak dapat menahan sejuk.

Bertuahnya Aafiyah ayah dengan ibu bawa ke Turki untuk tunaikan impian bermain salji. Agak-agak lepas ni Aafiyah teruja lagi tak nak pergi main salji lepas dah tahu yang salji tu sebenarnya sejuk sangat. Memang lucu tengok kerenah anak sulung Tokti ni.

Sumber: Instagram Dato Siti

Artikel Ini Disediakan Oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!