“Alolo comelnya Nayla”- Netizen

Hubungan seorang anak perempuan dengan bapa cukup rapat sejak kecil lagi. Menurut kajian juga ada mengatakan anak perempuan lebih cenderung rapat dengan bapa mereka sendiri. Dari kecil hinggalah dewasa, anak perempuan akan merasakan bapa adalah pelindung buat mereka. Maka tidak hairanlah jika ramai anak perempuan yang memiliki hubungan rapat dengan bapa kesayangan mereka sejak kecil lagi.

Seperti Ana Nayla, cahaya mata perempuan kepada pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir ini. Si cilik ini sepertinya rapat dengan bapanya.

Melihat perkongsian video oleh Nabil dan Ayda menerusi Instagram mereka, nampak Ana Nayla manja dengan bapanya. Sehinggakan mimik muka bapanya pun diikutkan juga.

Bertuah anak comel ini, kecil-kecil sudah pandai ikut jejak bapanya yang suka membuat mimik muka hehe.

Malah baru-baru ini, nabil memuatnaik video menerusi Instagramnya dan video berkenaan mencuri tumpuan ramai netizen.

Melihat gelagat dua beraanak ini, memang melucukan apabila Ana Nayla dengan spontannya membuat mimik muka yang comel. Sama gaya dengan mimik muka bapa pulak tu..

Nampak keakraban dua beranak ini apabila berada dalam video. Populariti Ana Nayla pun semakin meningkat sejak Ayda dan Nabil sering berkongsi video Ana Nayla di Instagram.

Di samping itu, video Nabil telah ditonton sehingga mencapai 35,000 tontonan dan hampir satu ribu tanda suka daripada netizen serta peminat.

Gara-gara Ayda keluar tanpa Nabil dan Ana Nayla, merajuk terus dua beraanak ini hehe.. namun tetap comel Ana Nayla dalam video.

Bila kena tinggal, terus mogok Nabil dengan Ana Nayla. Buat mimik muka paling tak tahan tu, amboi betul m0gok ni hehe.

Sumber: Instagram nabilmahir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!