“Kalau betul akak tom yam ni mesti ramai beratur nk dtg kedai”- Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta oleh para peminat. Pelakon yang sudah meniti usia 50an ini masih lagi jelita seperti tidak dimamah usia walaupun usianya sudah menjangkau separuh abad. Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 dan di kurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Aaisyah dilahirkan pada 1 November 2014, anak kepada pasangan selebriti dan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sudahpun kian membesar dan menginjak usia 8 tahun.

Anak kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana ini sememangnya sudah dikenali ramai semenjak dari kecil lagi. Kelahiran Aaisyah yang mendapat liputan meluas membuatkan dirinya lantas bergelar selebriti cilik.

Mewarisi kejelitaan ibundanya, kecomelan wajah Aaisyah sentiasa menjadi bualan ramai. Aaisyah juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan aktiviti sehariannya sering menjadi tumpuan dan meraih perhatian para pengikut beliau di Instagram.

Aisyah sangat pandai bergaya dan kini sudah pun menjadi model cilik beberapa jenama popular. Itulah yang dinamakan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tak siapa tahu. Memang rezeki Aisyah.

Baru- baru ini Che Ta telah mengadakan satu majlis sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama Zain Saidin. Di samping meraikan ulang tahun perkahwinan, beliau juga mengadakan majlis berkenaan untuk melancarkan produk terbaru.

Memuatnaik hantaran terbaru di Instagram, Che Ta berkongsi pula satu video yang memaparkan sedutan video untuk mempromosikan tudung terbaru keluaran beliau sempena hari raya haji bulan hadapan. Di dalam video berkenaan, Che Ta turut menampilkan anak perempuan beliau iaitu Aisyah.

Bagaimanapun ragam Aaisyah yang memakai tudung seperti gaya pekerja wanita di kedai makan Tom Yam membuatkan Che Ta berkongsi gelagat anaknya itu buat tatapan para peminat.

Menurut Che Ta, Aaisyah memakai sendiri tudung tersebut tanpa meminta bantuan sesiapa. Aaisyah juga tidak gemar jika sesiapa menyentuh tudungnya itu. Jika tidak, anak perempuannya itu akan merajuk.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen memuji wajah cantik Aisyah yang mewarisi kejelitaan ibunya. Aaisyah juga dilihat mengikuti jejak langkah ibunya Rozita Che Wan yang gemar bergaya.

Bagaimanapun gelagat Aaisyah itu cukup mencuit hati netizen dan membuatkan para peminat terhibur. Berikut di kongsikan komen- komen netizen buat Aaisyah.

Mengikut jejak langkah ibunya yang suka bergaya, ibarat kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitu jugalah yang boleh dikatakan mengenai kelakuan Aisyah tersebut.

Sedikit sebanyak gaya hidupnya sememangnya dipeng4ruhi oleh cara didikan ibu bapa beliau sendiri.

Sumber: Instagram rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!