“Kesian korang dorang pr4nk gituh”- Indah Ruhaila

Sememangnya hari lahir adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua. Mana taknya,pada hari itulah kita bakal mendapat banyak hadiah, dan juga ucapan dari kenalan dan orang tersayang. Lebih beruntung, barang yang kita nak sangat beli tapi tak tercapai selama ini, akan diberikan surpise oleh orang tersayang sebagai tanda penghargaan.

Begitulah juga dengan penyanyi terkenal Ernie Zakri, pada Khamis lepas iaitu 23 Jun, merupakan hari lahir Ernie yang ke- 30. Wah Ernie dah mencecah 30-an ya, tapi masih seperti anak dara dan kelihatan muda. Mungkin rahsianya adalah selalu tersenyum.

Ernie yang turut menjadi salah satu tetamu pada malam artis Rocketful Entertaiment turut diraikan hari ulang tahunnya oleh para tetamu artis yang lain. Tapi, ada hal yang pelik dan lawak yang terjadi sewaktu orang ramai menyanyikan lagu birthday nya itu. Seolah-olah discam pun ada. Lawak betul.

Ernie dan suaminya Syamel yang ketika itu sangat happy dan teruja apabila orang ramai menyanyikan lagu birthday untuk Ernie, mereka bersama-sama berdiri sebagai tanda hormat kepada tetamu yang menyanyikan lagu birthday itu.

Mereka malah berjalan menuju ke arah host kerana mereka fikir akan ada hadiah yang bakal diberikan kepada Ernie di atas pentas. Setelah hampir sampai ke atas pentas, Eh, tiba-tiba host beri isyarat bahawa tiada hadiah kepada Ernie dan hanya nyanyian lagu sahaja sebagai hadiahnya.

Habis tebal muka Ernie dibuatnya, terbahak-bahak orang ramai menggelakkannya kerana mereka telah discam ingatkan ada hadiah birthday, rupanya takde pun. Ernie juga terbahak-bahak gelak bersama suaminya itu dan bergegas menuju ke tempat duduk mereka kerana maalu diskem.

Comel je tengok diorang berdua ni, tak berhenti tengok gelagat mereka berdua. Antara komen netizen ialah “pr4nk tahap gaban dia”, “Comel je pasangan dua orang ni”, “Awak berdua ni memang kelakar” dan sebagainya. Kalau netizen ada bersama mereka, mungkin boleh bergegar dewan tu kot ketawa ramai-ramai.

Ada saja gelagat suami isteri ni kan, tak kering gusi dibuatnya. Boleh bergegar rumah ketawa dengan lawak mereka berdua ni. Walaupun sudah bergelar mama dan papa kepada bayi comel bernama Khawla, tapi perangai tu masih berjiwa muda ya.

Justeru, selamat ulang tahun diucapkan kepada Ernie Zakri penyanyi terkenal tanah air. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera bersama insan tersayang. Peminat juga masih menantikan comeback Ernie.

Sumber : Ig Syamel_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!