“Macam ada baby bump je Kak Jaa” – Netizen

Tirai tahun baru 2022 ini telah dibuka dengan beberapa berita mengejutkan mengenai artis tanah air. Antara berita yang mengejutkan para peminat adalah berita perkahwinan penyanyi dan aktivis kemanusiaan yang dikenali ramai iaitu Heliza Helmi. Heliza Helmi merupakan antara individu daripada industri hiburan yang cukup aktif dengan misi bantuan ke negara timur tengah.

Siapa sangka Heliza yang merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang sangat aktif dalam apa jua misi kemanusiaan di dalam dan luar negara ini akhirnya menamatkan zaman bujang di kala usia beliau mencecah 36 tahun bersama Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Difahamkan lelaki berusia 39 tahun yang menjadi pilihan hati aktivis kemanusiaan itu merupakan seorang pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan. Suami Heliza itu juga merupakan seorang usahawan yang juga dipercayai jutawan bergelar Datuk.

Heliza sah menjadi isteri Mahadi hanya dengan sekali lafaz dan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Berita pernikahan pasangan tersebut membuatkan para peminat tergerak hati untuk lebih mengenali dengan lebih dekat lelaki yang menjadi pilihan hati Datin Sri Heliza Helmi itu.

Pemilik nama Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman itu turut berkongsikan gambar beliau bersama isterinya itu di instagram dengan caption manis buat isteri kesayangan.

Walaupun ada peminat yang masih tidak percaya dengan berita perkahwinan pasangan ini, namun rata- rata netizen mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Netizen juga mendoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat secepat mungkin.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram Datin Sri Heliza, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat beliau dan suaminya. Pasangan itu menghadiri satu majlis yang di adakan oleh syarikat milik suaminya.

Pasangan berkenaan memakai baju berwarna merah jambu sedondon. Datin Sri Heliza merakamkan kenangan mereka berdua menerusi telefon bimbit beliau.

Namun begitu, gelagat suaminya Datuk seri Mahadi menarik perhatian apabila beliau mengusik isterinya dengan melibaskan janggutnya yang panjang ke wajah isterinya itu. Datin Sri Heliza hanya tersenyum setelah di usik oleh suaminya itu.

Sebelum ini janggut Datuk Sri Mahadi sering menjadi perhatian dan bualan orang ramai kerana sangat lebat dan panjang. Di fahamkan bahawa beliau telah menyimpan janggut tersebut selama 16 tahun lamanya.

Walaupun sering di minta oleh orang ramai untuk memotong janggut tersebut namun, Datuk Sri Mahadi bertegas ingin menyimpan janggut kesayangannya itu kerana selesa dengan imej berkenaan setelah sekian lama.

Rakaman video tersebut turut mencuri perhatian para pengikut Instagram pasangan berkenaan. Rata- ratanya bersemut melihat kebahagiaan pasangan pengantin baru itu.

Para peminat pasangan itu turut mendoakan agar kebahagiaan pasangan pengantin itu sentiasa berkekalan.  Berikut dikongsikan komen- komen yang ditinggalkan oleh para peminat buat pasangan pengantin baru itu.

Perkongsian video ringas tersebut bagaimanapun turut menarik perhatian netizen apabila kelihatan baby bump pada Datin Sri Heliza. Meskipun pasangan berkenaan masih belum berkongsi khabar gembira mengenai kehadiran orang baru namun peminat mendoakan pasangan ini sentiasa bahagia melayari kehidupan berumahtangga bersama.

Sumber: ig helizahelmi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!