“Bilal comel, muka mcm Neelofa dan mama tini” – Netizen

Sejak dalam fasa mengandung, dan setelah melahirkan anak, ramai yang menantikan untuk melihat dan mendengar sendiri perkongsian selebriti dan usahawan terkenal Neelofa mengenai anak dan kehidupan rumahtangganya itu. Namun begitu, selebriti dan usahawan tudung tersebut tidak mahu mendedahkan mengenai kehidupan rumahtangganya dan hanya berkongsi mengenai kelahiran anaknya pada Januari yang lalu.

Sejak beliau melahirkan anak lelakinya yang di beri nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu, ramai peminat yang sudah tidak sabar lagi untuk melihat wajah comel anaknya itu. Namun begitu atas faktor keselamatan, Neelofa mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anaknya itu.

Keputusan selebriti itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Meskipun para peminat beliau menghorm4ti keputusan beliau namun ada segelintirnya yang mempertikaikan tindakan berkenaan memandangkan Muhammad Bilal sudah menginjak usia hampir 4 bulan.

Ramai yang ternanti- nantikan perkongsian gambar Muhammad Bilal di media sosial PU Riz dan Neelofa. Untuk pengetahuan, Muhammad Bilal di khabarkan telah mendapat tawaran menjadi duta sebuah produk. Syukur rezeki Bilal, meskipun tidak mendedahkan wajah namun rezeki tidak pernah salah alamat.

Mengimbau kembali detik sebelum melahirkan Muhammad Bilal sebelum ini, Neelofa berkata dirinya tidak dapat membezakan s4kit kontraksi dengan senggugut kerana kes4kitan yang dirasai hampir sama.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu juga memberitahu dirinya yang masih tidak percaya akan bersalin biarpun sudah dimasukkan ke ‘labour room’.

Namun begitu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab yang setia menemaninya.

Setelah melahirkan Muhammad Bilal, Neelofa menjalani proses berpantang di rumah ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Neelofa dan suaminya sepakat menggunakan panggilan Abah dan Umi. Keserhanaaan pasangan ini dalam menggunakan nama panggilan buat anak- anak menerima perhatian daripada para pengikut dan juga warganet yang merasa tertarik dengan panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu.

Warganet memuji panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu sebagai Umi dan Abah meskipun kebanyakkan para pasangan artis popular yang lain menggunakan panggilan Mummy dan Daddy kerana mahu seiring mengikuti peredaran zaman dengan menggunakan panggilan yang lebih moden.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram peminat Neelofa iaitu lofa world, ada memuatnaik satu video yang memaparkan Neelofa telah berkongsi wajah anaknya Muhammad Bilal kepada Daiyan dan Scha Al-Yahya.

Mereka bertiga secara kebetulan berjumpa di butik dalam satu acara yang di anjurkan oleh satu label pakaian antarabangsa terkenal.

Gelagat Scha di rakamkan menerusi video berkenaan seolah- olah berkata bahawa wajah buah hati kesayangan Neelofa itu amat mirip sekali dengan wajah Neelofa.

Scha juga tidak henti tersenyum dan teruja kerana dapat melihat wajah Muhammad Bilal yang sekian lama di tunggu oleh para peminat Neelofa itu.

Melihat reaksi wajah Scha dan juga Daiyan membuatkan para peminat semakin tidak sabar untuk melihat wajah buah hati kesayangan selebriti terkenal itu. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Geram betul nampaknya Scha dengan wajah comel Muhammad Bilal. Apa lagi menerusi video- video sebelum ini Bilal di lihat bersemangat dan mempunyai tangan dan kaki yang berketul. Reaksi wajah Scha dan Daiyan buat para peminat Neelofa makin tak sabar nak tengok wajah Muhammad Bilal.

Sumber: ig lofa world

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!