“Melepaskan adik bongsuku dlm norma baharu. Sederhana tp bahagia” – Fasha Sandha

Fasha Sandha merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia. Beliau dikenali kerana sering kali membawakan watak berat dalam drama-drama yang di terajui oleh beliau dan pernah di gelar sebagai ratu air mata. Selain Fasha, beliau juga turut mempunyai seorang adik perempuan yang turut berkecimpung dalam industri hiburan sebagai pelakon iaitu Elisya Sandha.

Mengikuti jejak langkah kakaknya, wajah Elisya juga kerap menghiasi drama melayu. Nama Elisya semakin meningkat naik setelah lakonan beliau bersama Izzue Islam dalam drama Nasi Kerabu untuk Che Abe mencuri perhatian penonton.

Elisya tidak berselindung tentang hubungan percintaan beliau bersama anak sulung kepada Sheila Rusly iaitu Uzair. Sering memuatnaik beberapa keping gambar di laman sosial bersama Uzair, Elisya dan Uzair telahpun mengikat tali pertunangan sekitar bulan Februari yang lalu.

Tanggal 21 Ogos, hari ini telah berlangsung pula majlis akad nikah Elisya bersama Uzair dan hanya di hadiri oleh ahli keluarga terdekat mereka.

Besarnya kasih sayang seorang kakak terhadap adik, Fasha menerusi perkongsian sebuah video di Instagram beliau telah meluahkan rasa gembira beliau terhadap pernikahan adik kesayangannya itu.

Bagaimanapun di sebalik kegembiraan Fasha di atas pernikahan adik bongsunya itu, beliau juga kelihatan amat berat untuk melepaskan adiknya.

Sebelum ini Fasha pernah berkongsi bahawa beliau amat sukar untuk melepaskan adik kesayangannya itu. Namun beliau akur kerana adiknya itu sudahpun dewasa dan berhak mencari kebahagiaannya sendiri.

Video yang dikongsikan oleh Fasha itu dibanjiri ucapan tahniah daripada para peminat dan juga rakan – rakan artis. Elisya kelihatan sangat cantik dan berseri di dalam video berkenaan.

Netizen juga memuji wajah Elisya yang sangat manis memakai busana serba putih. Berikut dikongsikan beberapa ucapan rakan artis dan juga netizen buat pasangan pengantin baru itu.

Sebagai kakak, semasa majlis pertunangan pasangan itu tempoh hari Fasha ada menitipkan pesanan kepada Elisya dan Uzair untuk saling menerima keburukkan dan kebaikkan pasangan masing-masing kerana tiada manusia yang sempurna di dunia walaubagaimanapun di sebalik sifat tidak sempurna itulah yang saling melengkapi pasangan masing-masing.

Benar kata Fasha itu kerana sudah terlebih dahulu makan garam dan mempunyai pengalaman di dalam alam rumahtangga. Mudah- mudahan perkahwinan yang baru di bina ini akan berkekalan hingga akhir hayat. Selamat pengantin baru diucapkan buat pelakon Elisya Sandha dan juga Uzair.

Sumber: ig fasha sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!