“Pandainya dia, sy xleh dengar lagu ni blh buat sy naangis huaaaa”- Netizen

Sememangnya anak-anak kecil ni banyak sangat ragam mereka. Tapi, semuanya memang melucukan dan sangat comel tau. Buat jelah apa-apa pun, semestinya menghiburkan hati kita semua sebagai orang dewasa yang melihat segala telatah yang mereka lakukan tu. Tak sah kalau tak menghiburkan hati kita semua. Betul tak ?

Siapa je tak kenal anak perempuan kepada Izara  Aishah yang bernama Zahra. Kalau dulunya selalu saja tengok Zahra yang berduet dengan nenda kesayangan nya iaitu Tokti. Haa, korang pernah tak tengok mereka berdua berduet lagu Marsha Milan tu ?

Kali ini, ada dimuat naik video Zahra yang menyanyikan lagu viral arab. Kalau korang dengar lagu-lagu tu, mesti korang cukup tahu. Tak pun, korang mesti pernah menyanyi kan lagu tersebut juga dan turut hafal sedikit bait-bait lirik dari lagu tersebut.

Lagu yang mempunyai seribu satu makna yang amat luar  biasa. Berkisarkan tentang masa muda kanak-kanak di sebuah negara Arab sana. Kalau korang semua menghayati lagu-lagu tersebut, mesti korang cukup tahu tentang apakah lagu tersebut.

Melihat telatah Zahra yang menyanyika lagu tersebut di dalam kereta, membuat kan para netizen sangat terharu dan teruja dengan nya. Yelah, sebijik macam kanak-kanak Arab yang menyanyika lagu tersebut di sebuah audition The Voice suatu ketika dahulu.

Merdu juga eh suara Zahra, ni semua sebab jadi cucu Tokti lah kan. Hehe, dah boleh ganti legasi Tokti lepasni. Nyaring dan sangat merdu. Muka pun dah gaya macam orang Arab, sebutan pun dah sebijik lancar macam orang Arab. Comel betul.

Pandai betul Zahra nyanyi lagu Arab eh, mesti banyak lagi lagu-lagu bahasa lain yang Zahra dah hafal. Entah-entah dekat rumah selalu karoeka dengan famiy dia pada waktu lapang. Sebabtulah fasih dan lancar sangat nyanyi lagu-lagu legend macam ni.

Tak pun dekat sekolah ada class muzik yang menyanyikan lagu-lagu sebegini. Biasalah kan kita tengok kanak-kanak sekolah membuat persembahan menyanyika lagu-lagu pelbagai sempena hari-hari tertentu. Comel-comel je semuanya.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa gelagat Zahra tu sangat menghiburkan dan membuatkan para netizen sekalian teruja. Lepasni bolehla request lagu lain pula kan, mesti banyak lagu yang Zahra dah hafal dan pandai menyanyi. Betul tak ?

Sumber : Ig Azzahrajiwaasyraf

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!