“Macam sec0cok jerr”- Netizen

Fazira Wan Chek atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ialah seorang peragawati, pelakon, penyanyi, pengacara, penerbit dan bekas ratu cantik Malaysia. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor dan memulakan kerjaya seni seawal usia 17 tahun dengan menjadi penyanyi di pertunjukan pentas dibawah bimbingan rakan ibunya iaitu penyanyi yang bernama Dayangku Intan.

Meskipun dunia lakonan kini di banjiri dengan wajah- wajah pelakon baru, namun nama Erra Fazira tetap melekat di hati para peminat sebagai seorang Primadona Filem Melayu.

Menyingkap sisi peribadi pelakon ini, Erra pernah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi terkenal Datuk Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun kemudiannya berpisah pada tahun 2006.

Erra kemudiannya bertemu jodoh dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada tahun 2007 namun kedua- duanya memutuskan untuk membawa haluan masing- masing setelah 7 tahun bersama. Perkahwinan kedua Erra itu di kurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.

Untuk rekod, baru-baru ini Erra telah menjadi tetamu jemputan di Program Sepahtu Reunion. Tular satu video memaparkan Jep mengusik tetamu undangan Program Sepahtu Reunion episode tersebut iaitu Erra Fazira untuk menyuapkan beliau bubur.

Bagaimanapun aksi Jep tersebut akhirnya mengundang p4d4h apabila mendapat respon daripada Sariyanti yang kemudiannya menyediakan bubur ped4s buat suaminya itu.

Fenomema menyuap bubur itu kemudiannya menjadi usikan para peminat terhadap primadona filem melayu berkenaan.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram rasmi stesen radio Sinar FM, satu video yang memaparkan primadona berkenaan bersama salah seorang penyampai radio sinar iaitu Hefny telahpun di kongsikan.

Di dalam video berkenaan penyampai Falyqhikyle telah mengusik Erra supaya menyuapkan rakan penyampaikan Hefny. Usikan berkenaan bagaimanapun di hadapi dengan tenang oleh Erra dan Hefny yang kemudiannya saling menyuap di antara satu sama lain.

Mengenangkan status kedua-dua mereka juga masih solo membuatkan para peminat di ruangan komen memberikan restu buat pasangan berkenaan sekiranya berjodohan.

Menjengah keruangan komen, ramai yang merasa geram namun tersipu melihatkan Erra dan Hefny saling suap menyuap di antara satu sama lain.

Netizen juga mengusik Hefny yang kelihatan malu- malu setelah di suapkan oleh Erra Fazira. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Fenomema menyuap bubur itu kemudiannya menjadi usikan para peminat terhadap primadona filem melayu berkenaan.  Eh sepadan pula nampak Erra dan Hefny. Keduanya pun masih solo. Serasi bersama nampaknya. Orang kata kalau dah jodoh dah tak ke mana.

Sumber: ig sinar my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!