“Yusuf dah nampak dah abg2 walaupun dia adik bongsu”- netizen

Setiap anak-anak itu mempunyai personaliti mereka yang tersendiri. Namun, personaliti itu juga boleh dididik dan kita sebagai ibubapa boleh mencorakkan sifat anak-anak kita sendiri. Ada anak-anak yang masih kecil sudah boleh menunjukkan contoh yang baik kepada kepada orang lain. Seperti yang kita boleh lihat pada keluarga Dato Aliff Syukri, isterinya,Datin Shahida sangat menyayangi anak-anaknya dan mendidik mereka menjadi orang yang penyayang.

Baru-baru ini Datin Shahida berkongsi momen beliau mengisi masa lapangnya mengusik anak-anaknya di rumah agamnya mereka.

Dilihat di dalam video kongsian beliau itu, Datin Shahida sedang bergurau dengan anak-anaknya terutama sekali Yusof dan Ameena.

“Perbezaan lelaki dan perempuan…betulla la orang kata perempuan ni emosi terlebih..

Saya suka usik yusoff dan meena selalu nak tinggal mereka,mcm biasa ameena buat drama,yusoff pula cari jalan nak buka pintu…..tapi akhirnya sebab sayang dia tunggu juga ameena siap panggil ikut sekali takut ameena tertinggal….. harap2 yusoff sampai besar sayang family mcm ni yusoffalqardawi_terlajaklaris” kata Datin Shahida di laman instagramnya.

Rata-rata netizen sangat memuji kecomelan sifat penyayang Yusof dan mengagumi kebijaksanaan Yusof. Ada juga memuji bahawa Yusof sudah punyai sifat “abang-abang” walaupun beliau adalah anak bongsu dalam keluarga.

Anak-anak itu ibarat kain putih dimana kita yang mencorakkan mereka untuk menjadi modal insan berguna. Pastinya,contoh-contoh dan ahklak yang baik haruslah ditunjuk oleh ibu bapa supaya mereka dapat pelajari dan mengamalnya.

sumber :ig shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Cite Ohsem. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*