“Yusof belanja b0ntot, nasib baik puteh gebu” – Netizen

Anak-anak pasti akan teruja apabila ibu bapa membelikan sesuatu yang baru untuk mereka. Sebagai anak kecil, pada mereka itu adalah satu keseronokan yang dibawa pulang oleh ibu bapa mereka setelah pulang ke rumah. Kadang kala sekeping coklat sahaja sudah memadai untuk membuat anak-anak kita meletakkan senyuman di wajah mereka setiap kali kita pulang dari mana-mana.

Kita sudah ketahui Dato’ Aliff Syukri dan isteri beliau adalah seorang usahawan tempatan yang berjaya dan sentiasa sibuk mengendalikan bisnes mereka diluar. Sering kali anak-anak akan ditinggalkan bersama penjaga. Namun, Dato’ Aliff dan isteri tidak pernah melupakan tanggungjawab mereka di rumah sebagai ibu bapa dan sering dilihat tetap melayani anak-anak mereka walaupun sibuk mengendalikan bisnes secara online.

Baru-baru ini, Dato’ Aliff berkongsi sebuah video dimana beliau membeli seekor kucing baka British shorthair berwarna kelabu dan mengongsikan kedatangan ahli baru dalam keluarga kepada anak-anak beliau.

https://www.instagram.com/tv/CUcK_lCpr1p/?utm_medium=copy_link

Anak-anak Dato’ Aliff kelihatan begitu ceria melihat kucing tersebut dan yang paling teruja adalah anak keempat mereka iaitu Yusof sehingga tidak peduli jika seluarnya sudah melorot sehingga ternampak pungg0ngnya.

Dilihat juga dalam video tersebut, Dato Aliff menamakan kucing tersebut Siti Zubaidah dan beliau mengatakan bahawa kucing tersebut berharga rm10k namun setelah diberi diskaun, harga kucing tersebut sudah diturunkan ke rm2k sahaja.

Netizen sangat terhibur melihat keletah anak-anak Dato’ Aliff terutama sekali Yusof. Namun ada juga yang merisaukan keadaan kucing tersebut yang terkejut mendengar jeriitan anak-anak Dato’ Aliff dan menasihati Dato’ supaya menasihatkan anak-anak beliau untuk tidak mengerumuni kucing tersebut kerana kucing tersebut akan menjadi lebih ketakutan.

Betul juga kata netizen. Dalam kita seronok mendapat peliharaan baru, kita sepatutnya lebih tahu dalam mengendalikan kucing itu jika kucing itu baru pertama kali di tempat baru.

Ini kerana kita tidak mahu kucing tersebut berada dalam keadaan ketakutan di kawasan baharu kerana dikhuatiri kucing boleh tertekan dan akan membuatkan kucing tersebut menjadi tidak sihat.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!