“Yg dah kahwin 20 thn pun xberani bg nasihat” – Netizen pertikai suami Ayda Jebat

Ayda Jebat atau nama sebenar beliau Nur Suhada telahpun selamat bergelar isteri kepada pengacara dan model Nabil Mahir atau nama sebenar beliau Ahmad Nabil bin Ahmad Mahir. Setelah berkenalan selama setahun lebih dan mengikat tali pertunangan sejak bulan April tahun lalu, tarikh 1 Januari menyaksikan Ayda Jebat dan Nabil Mahir memeterai tali pertunangan dengan ikatan pernikahan yang sah.

Pasngan ini mencipta kelainan apabila telah mengikat tali pertunangan pada 28 April yang lalu secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet. Majlis pertunangan diadakan secara online kerana situasi ketika itu terbatas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

Keputusan memilih tarikh 1 Januari berkenaan dibuat agar memudahkan mereka berdua mengingati hari bahagia. Memandangkan Ayda seorang yang susah untuk mengingati tarikh maka tarikh tersebut sememangnya pilihan yang tepat.

Mengimbas kembali detik perkenalan pasngan ini, Nabil mendedahkan setelah beberapa kali mereka berjumpa barulah Ayda memulakan langkah pertama menghantar Direct Message (DM) melalui Instagram kepada beliau. Jika ditanya siapa yang mengurat siapa, Ayda tidak menafikan dan mengakui dirinya yang mengurat Nabil.

Masih lagi dalam fasa bulan madu, suami Ayda iaitu Nabil telah memuatnaik gambar terkini beliau bersama Ayda bersama status di Instagram yang memberikan sedikit nasihat kepada sesiapa yang sedang mencari pasngan hidup.

Menurut Nabil, kita perlulah mencari hubungan yang membuatkan diri masing-masing mahu menjadi lebih baik dan menjadi yang terbaik buat satu sama lain.

Nabil juga meluahkan rasa syukur kerana beliau telah dipertemukan dengan Ayda Jebat yang mana merupakan seorang yang sangat serasi dengan beliau dan sentiasa menyerlahkan sisi yang terbaik yang ada pada dirinya.

Nabil juga turut mendoakan agar sesiapa jua yang membaca statusnya itu akan bertemu dengan seseorang yang mereka mahukan seperti dirinya.

Beberapa pengikut akaun Instagram beliau turut sama mengaminkan doa Nabil dan berharap mereka juga dipertemukan dengan jodoh yang bersesuaian dengan mereka. Namun begitu ada juga netizen yang memberikan reaksi yang berbeza.

Memandangkan tempoh perkenalan dan perkahwinan Nabil baru sahaja berusia beberapa minggu, netizen berpendapat Nabil kurang sesuai menasihati mereka.

Fasa yang dilalui oleh Nabil ini mungkin masih indah kerana mereka berdua masih belum menempuhi cabaran alam perkahwinan yang sebenar. Lumrah dalam alam rumahtangga pastinya perhubungan tidak akan manis sentiasa.

Tidak semua orang berjaya menempuhi badai di dalam kehidupan berrumahtangga. Sekiranya berjaya mengharungi cabaran alam rumahtangga dengan penuh harmoni dan saling bertolak ansur itulah yang menjadi rujukan dan panduan sebenar buat mereka yang masih belum berumahtangga.

Sebelum ini pasngan ini amat terkilan kerana tidak dapat membuat majlis besar namun mereka akur dengan situasi terkini negara. Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasngan yang sama cantik dan sama padan ini.

Semoga ikatan yang baru dibina ini akan berkekalan hingga ke anak cucu. Selamat menjalani kehidupan sebagai pasngan suami isteri buat Ayda dan Nabil.

Sumber: Instagram nabilmahir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*