“Yang tengok ni, auto senyum sorang2” – Netizen

Mawar Rashid merupakan seorang pelakon dan kini bergelar usahawan setelah melancarkan produk kecantikan Mawarrose. Mawar Rashid mula menceburkan diri dalam bidang hiburan setelah menyertai pertandingan Dewi Remaja. Mawar akhirnya berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir seterusnya menerima pelbagai tawaran lakonan antaranya menerusi drama Tundukkan Plyb0y itu yang turut di lakonkan oleh Uqasha Senrose dan Alif Satar.

Sekitar bulan ramadhan tahun lalu Mawar telah menyuarakan hasrat untuk mula bertudung sepanjang bulan puasa. Usaha baiknya itu telah mendapat sambutan positif daripada para peminatnya dan memuji niatnya itu.

Para peminat juga turut mendoakan agar niat beliau untuk terus memakai tudung dipermudahkan dan diteruskan walaupun selepas tamatnya bulan ramadhan. Hasrat para peminat akhirnya termakbul apabila Mawar akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah dan kekal berhijab.

Suami kepada pelakon jelita ini iaitu Raf Yaakob juga turut memberikan sokongan atas penghijrahan isterinya itu apabila beliau juga berjinak- jinak mengikuti program tabligh yang anjurkan oleh Ustaz Ebit Lew beberapa bulan lalu.

Pelakon kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang ini telah mendirikan rumahtangga dengan Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan Chef Selebriti terkenal Fazley Yaakob pada 9 November 2017. Hasil pernikahan tersebut pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata.

Sebagai kejutan ulang tahun perkahwinan pasangan ini pada tahun ke empat, mereka telah merancang untuk membeli rumah. Raf bagaimanapun telah memberikan kejutan buat Mawar dengan melakonkan kembali lamaran yang beliau lakukan terhadap Mawar sebelum mereka berkahwin dahulu di rumah baru ini.

Berkongsi video lamaran berkenaan di Instagram, Mawar berkata beliau sangat terharu dan menghargai usaha suaminya itu untuk memberikan kejutan berkenaan buat dirinya.

Menerusi caption tersebut juga Mawar berkata beliau sangat berterima kasih kepada suaminya kerana telah berusaha menjadi suami, ayah dan insan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

Menjadi impian setiap individu untuk memiliki kediaman idaman. Namun tanpa usaha keras, impian berkenaan mungkin tidak dapat menjadi kenyataan. Mawar Rashid atau nama sebenar beliau Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid akhirnya boleh berbangga kerana berjaya memiliki sebuah rumah idaman selepas berhempas pulas bekerja dan mengumpul wang selama ini.

Pada awalnya beliau sendiri tidak menyangka akan dapat membeli rumah berkenaan kerana sering berangan untuk memiliki rumah tersebut suatu hari nanti. Namun itulah yang di katakan sebagai rezeki.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen mngalkan ucapan tahniah buat Mawar dan suaminya itudi atas sambutan ulang tahun perkahwinan mereka. Netizen berkata mereka juga hampir menitiskan air mata melihat kejutan lamaran yang dilakukan oleh Raf buat Mawar.

Menerusi video pendek itu juga para peminat berkata mereka amat menyukai hubungan mesra dan kasih sayang antara suami isteri yang ditunjukkan oleh mereka berdua kepada para peminat. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

“Mengalir air mata ibu tgok video ni. Allah maha mendengar doa kita sume. Happy anniversary Mawar dan Abang. Semoga bahagia hingga ke syurga” – Ibu Mawar

Tahniah kerana akhirnya berjaya mendapatkan rumah idaman. Tahniah juga kerana telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 4 tahun setelah melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan dan alam rumahtangga. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan kekal bahagia sampai bila- bila.

Sumber: ig mawar rashid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!