“Ya Allah Tilla, aku speechless dgn perangai anak2 hang” – Ramona Zamzam

Walaupun kini telah bergelar jutawan produk kosmetik dan sibuk mengembangkan perniagaan namun isteri kepada pelakon lelaki popular Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin tidak pernah melepaskan tanggungjawab beliau sebagai ibu kepada dua orang anak kesayangan iaitu Syeriv dan juga Sarima. Kedua-dua anaknya itu sedang membesar dan memerluukan perhatian daripada beliau dan Sam.

Pandai membahagi masa mengurus rumahtangga dan menempah kejayaan menerajui perniagaan kosmetik Kekaasih bersama adik beradiknya hingga mendapat sambutan yang luar biasa membuatkan Syatilla sememangnya layak digelar wanita besi.

Prihatin dengan sikap lasak anak-anaknya, Syatilla juga sering berkongsi video aktiviti dan perangai anak-anak di media sosial dimana memaparkan mengenai ragam mereka menerusi beberapa rakaman CCTV.

Video yang dikongsikan Syatilla kerap mencuri tumpuan, mana tidaknya boleh tahan lasak juga anak kepada pelakon aksi Shaheizy Sam ini beraksi di dalam rumah.

Baru-baru ini juga tular video anak lelakinya berlari mermpuh adiknya Sarima hingga menyebabkan hidung adiknya itu berd4rah.

Berkongsi lagi sebuah video beberapa jam yang lalu di instagram memaparkan anak lelakinya tersadung karpet dan terjatuh. Berada bersama ketika itu adalah suaminya Sam dan anak perempuannya Sarima.

Syatilla berkata lagi kejadian tersebut sudah terlalu kerap menyebabkan Sam hanya melihat dan ketawa sahaja melihat perangai anaknya itu.

Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi jua. Mungkin kerana ayahnya pelakon filem aksi, sampai ke anak menurun aksi-aksi dalam filem tu. Memang lasak betul perangai Syeriv ni. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

Ya normal je semua tu. Budak2 mmg dlm kepala dia fikir keseronokan bermain je fi usia mcm ni.” – Netizen

“Baru im good tetiba tak good dah HAHHAHAHAHAH member kahaq sungguh” – Netizen

“Kita yg tgok ni Ngeeri..aritu belaga ngn Adik diakn drah idung.. Duhhhh skittt..sebijik Ank sy lki puan jgk mcmni laaa.. Pening ibu ni” – Netizen

“Igtkan syeriv langgaq entiti yg tk nampak kot boleh tergolek, rupanya tersadung karpet.. Hala hala syeriv” – Netizen

Sebagai ibu bapa kita perlu bijak mengawal dan memantau gerak geri anak-anak. Sabarlah dengan perangai anak-anak yang masih kecil. Anak lelaki dalam usia sebegitu memang begitu lah keletahnya.

Sudah pasti penuh suka duka dalam membesarkan anak. Percayalah suatu masa nanti kalau Syeriv dan Sarima sudah meningkat dewasa pastinya mereka ketawa besar mengingat kembali kenakalan semasa kecil.

Sumber: Instagram samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*