“Xpyh padam foto2 awk yg dlu tu, biarkan je ada koleksi buat peminat awk” – Netizen

Zizi Kirana ialah seorang penyanyi hip hop perempuan yang sudah sekian lama bertapak dalam industri seni tanah air. Memulakan kerjaya menerusi program akademi fantasia pada tahun 2009, Zizi kemudiannya menganggotai kumpulan The Fabulous Cat bersama Cat Farish dan Adeep. Kumpulan yang dipelopori oleh Cat Farish itu sempat merakamkan beberapa lagu seperti Bawaku Terbang dan Cinta Kosmik sebelum dibubarkan tidak lama kemudian.

Bekas pelajar akademi fantasia ini juga pernah mencuba untuk menjadi penyanyi dangdut apabila menyertai program Dangdut Star pada tahun 2016 namun percubaan beliau tidak menjadi apabila tersingkir pada minggu keempat.

Perjuangan Zizi tidak berhenti disitu apabila beliau kembali kepada muzik Hip Hop dan bernyanyi bersama Benzooloo dan Arwh Sandra Dianne dengan lagu Terkemuka pada tahun 2018.

Zizi seterusnya muncul pula bersama lagu EH pada tahun 2019 dimana lagu tersebut benar-benar melonjakkan namanya dalam seni hiburan.

Penampilan penyanyi ini juga menjadi sebutan kerana tampil berimej sksi melalui beberapa muatnaik di akaun Instagram beliau sehingga sering mengundang komen-komen nakal di ruangan instagramnya.

Walaubagaimanapun kebelakangan ini nama penyanyi itu semakin sinonim dengan perkara berkaitan keagamaan. Beliau juga berkolaborasi dengan panyanyi nasyid UNIC dengan merakamkan lagu Purnama.

Memuatnaik sebuah video alunan selawat di Instagram beliau bersama Qariah kebangsaan, suara merdu beliau dipuji para peminat.

Walaupun pelantun lagu EH itu sebelum ini seorang yang berimej sksi namun kebolehan beliau untuk mengaji dan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran begitu mengagumkan para netizen.

Zizi yang telah membuang sebahagian besar gambar sksinya di Instagram menerima komen daripada seorang netizen supaya membiarkan sahaja gambar lamanya di Instagram buat tatapan peminat.

Komen yang berbaur negatif itu bagaimanapun telah mendapat kritikan daripada para peminat Zizi. Berikut dikongsikan komen tersebut.

Sebelum ini Zizi pernah memberitahu bahawa beliau beliau telah berazam untuk lebih menjaga penampilan setelah menerima teguran dari ibunya.

Zizi yang tersentuh dengan teguran daripada ibu tersayang itu berlapang dada dalam menerima teguran dan cuba perlahan-lahan untuk berubah dengan memakai pakaian yang kurang menonjolkan bentuk badan.

Kisah penghijrahan artis di Malaysia semakin membuka mata masyarakat. Disebabkan itulah kita dinasihatkan supaya tidak memandang penampilan luaran seseorang kerana pada bila-bila masa sahaja jika dikehendaki oleh Allah, seseorang individu itu boleh berubah. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.

Sumber: ig zizi kirana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*