“Xpayah try hard mekap bagai pun cantik”- Netizen

Mawar Rashid merupakan seorang pelakon dan kini bergelar usahawan setelah melancarkan produk kecantikan Mawarrose. Mawar Rashid mula menceburkan diri dalam bidang hiburan setelah menyertai pertandingan Dewi Remaja. Mawar akhirnya berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir seterusnya menerima pelbagai tawaran lakonan antaranya menerusi drama Tundukkan Playboy itu yang turut di lakonkan oleh Uqasha Senrose dan Alif Satar.

Sejak mula bertudung sekitar bulan Ramadhan 2021, kejelitaan finalis Dewi Remaja berkenaan semakin menyerlah. Beliau juga kini sudah berhijrah dan menjadi inspirasi buat rasa peminat beliau.

Pelakon kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang ini telah mendirikan rumahtangga dengan Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan Chef Selebriti terkenal Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil pernikahan tersebut pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata. Raf juga mempunyai dua anak iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan terdahulu.

Pagi tadi, pelakon berkenaan telah selamat melahirkan cahaya mata kelimanya iaitu bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Selangor kira-kira jam 1 pagi tadi.

Sepatutnya Mawar dijangka bersalin pada hujung bulan ini, tetapi sejak pagi semalam dia sudah mula mengalami kontraksi yang agak kuat. Menurut Raf lagi, kelahiran ini tidak memberi tekanan besar kepada Mawar kerana sudah mampu mengukir senyuman manis saat melahirkan anak.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Mawar dan Raf telah mengumumkan kelahiran anak kelima mereka itu dengan memuatnaik gambar terbaru buat tatapan peminat.

Anak kelima pasangan berkenaan merupakan seorang bayi perempuan yang di beri nama yang cukup unik oleh pasangan ini iaitu Raden Seri Riyanna Sayang.

Sudah menjadi trend semasa buat para selebriti untuk mengoles wajah dengan memakai sedikit solekan setelah bersalin sebelum mereka bersedia berkongsi gambar wajah mereka dan mengumumkan kelahiran anak di media sosial.

Namun begitu berlainan pula buat Mawar Rashid yang mengambil pendekatan untuk tidak bersolek dan hanya berwajah polos berkongsi gambar kelahiran anak buat tatapan para peminat tanpa perlu merasa bimbang wajahnya di kritik.

Menjengah keruangan komen, rakan artis dan juga para peminat menulis ucapan tahniah buat pasangan berkenaan. Netizen juga mendoakan kesihatan ibu dan bayi berada di dalam keadaan baik.

Netizen juga memuji wajah cantik pelakon berkenaan meskipun tanpa memakai secalit solekan dan sikap Mawar yang sudi berkongsi berita gembira kelahiran anak kelimanya itu bersama para peminat.

Tahniah di atas kelahiran anak kelima pasangan ini. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan kekal bahagia sampai bila- bila. Selamat berpantang di ucapkan buat Mawar Rashid.

Sumber: ig mawar rashid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!