“Wow ini barulah wawasan 2020 yang kita bayangkan masa kecil dahulu” – Netizen

Nama Irfan Khairi dikenali sebagai seorang jutawan internet yang sangat dikenali di Malaysia kerana berjaya menjadi seorang jutawan muda pada usianya baru 25 tahun. Beliau terlebih dahulu memulakan kerjaya sebagai seorang pereka sistem multimedia dan perunding internet. Namun di sebabkan minat beliau yang mendalam terhadap internet ketika itu, pada masa yang sama beliau juga menjalankan perniagaan dalam talian secara sambilan.

Setelah perniagaan yang dijalankan oleh beliau berjaya menghasilkan keuntungan yang melebihi pendapatan kerja semasa, beliau akhirnya mengambil keputusan memberikan perhatian terhadap perniagaan berkenaan sehingga kini.

Irfan Khairi kini melebarkan kerjaya sebagai seorang jururunding dan juga sering menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui internet.  Beliau kini sering berulang alik daripada Malaysia ke Dubai demi menguruskan syarikat dan perniagaan yang semakin berkembang pesat.

Terkini menerusi akaun Instagram usahawan tersebut berkongsi sebuah video yang memaparkan pengalaman beliau mengunjungi sebuah klinik kerajaan di Dubai untuk membuat semakan kesihatan. Kelihatan menerusi video kehadiran beliau disambut oleh sebuah robot penyambut tetamu yang memberikan salam terhadap tetamu yang masuk.

Pendaftaran dan nombor giliran juga diuruskan secara sistematik dan nombor giliran beliau akan dipaparkan menerusi skrin besar di dalam klinik tersebut. Menurut usahawan berkenaan, klinik kerajaan tersebut juga menyediakan perkhidmatan untuk tetamu membuat pesanan minuman seperti kopi dan robot yang dikhaskan akan membuat penghantaran kopi tersebut kepada pelanggan. Suasana klinik kerajaan di Dubai kelihatan sangat canggih, selesa dan juga mesra tetamu.

Video yang dikongsikan oleh usahawan tersebut telah menarik minat para pengikut akaun Instagram beliau yang begitu kagum dengan kecanggihan teknologi yang dimiliki di Dubai.

Perkongsian Irfan Khairi terhadap perkhidmatan kerajaan di sana juga membuatkan netizen juga teruja dan seakan tidak percaya bahawa teknologi sedemikian mampu dilaksanakan walhal teknologi tersebut selama ini telahpun diimpikan untuk dicapai ketika Wawasan 2020 sebelum ini.

Sehingga kini video tersebut telah menerima sebanyak 27,782 tanda suka, 156,000 tontonan dan 705 komen daripada para pengikut akaun Instagram beliau yang sangat kagum dan terpesona dengan kecanggihan klinik kerajaan di sana. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Menerusi ruangan komen dapat dilihat ramai netizen yang berangan- angan untuk menikmati kemudahan seperti yang dikongsikan oleh Irfan Khairi itu di klinik kerajaan dalam negara. Semoga negara kita juga mampu untuk melaksanakan kemudahan sedemikian kepada rakyat Malaysia suatu hari nanti.

Sumber : ig Irfan khairi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!